Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cuti umum Good Friday: Jemaah solat Jumaat digalak ke masjid kurang sesak atau sesi kedua

Apr 16, 2025 | 8:25 PM
Jemaah digalak menunaikan solat Jumaat di 10 masjid yang lazimnya kurang sesak di kawasan utara, selatan dan barat, atau sebagai alternatif, menghadiri sesi kedua solat itu di 32 masjid, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Jemaah digalak menunaikan solat Jumaat di 10 masjid yang lazimnya kurang sesak di kawasan utara, selatan dan barat, atau sebagai alternatif, menghadiri sesi kedua solat itu di 32 masjid, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). - Foto fail

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menggalakkan jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat pada 18 April ini supaya mempertimbangkan menunaikan solat di 10 masjid di kawasan utara, selatan dan barat yang lazimnya kurang sesak.

Ini kerana Muis menjangka kehadiran jemaah meningkat memandangkan solat Jumaat minggu ini bertepatan dengan cuti umum, Good Friday.

Sebagai satu lagi alternatif, jemaah juga boleh memilih untuk menghadiri sesi kedua solat Jumaat pada 2 petang atau 2.15 petang di 32 masjid yang akan menyediakan lebih ruang bagi kemudahan jemaah.

Dalam satu hantaran di Facebook, Muis berkata 32 masjid akan menawarkan sesi kedua solat Jumaat pada 18 April bagi menyediakan lebih ruang demi keselesaan dan kemudahan jemaah.

Menurut Muis, antara 10 masjid di kawasan utara, selatan dan barat yang lazimnya kurang sesak ialah Masjid Abdul Hamid (Kampung Pasiran), Masjid An-Nahdhah, Masjid Mujahidin, Masjid Al-Amin, Masjid Al-Huda dan Masjid Hang Jebat.

Bagi jemaah yang ingin menghadiri sesi pertama di Masjid Darul Ghufran, mereka perlu membuat tempahan melalui laman web, book.masjids.sg mulai 15 April, 10 pagi.

“Sambil kita menyambut kehadiran lebih ramai jemaah Jumaat ini, marilah kita terus bersabar dan bertimbang rasa antara satu sama lain di masjid,” kata Muis.

Sebanyak 32 masjid yang menawarkan dua sesi:

[ο] Masjid Al-Ansar

[ο] Masjid Al-Istighfar

[ο] Masjid Alkaff Kampung Melayu

[ο] Masjid Al-Mawaddah

[ο] Masjid Darul Ghufran

[ο] Masjid Haji Mohd Salleh (Geylang)

[ο] Masjid Kampung Siglap

[ο] Masjid Al-Islah

[ο] Masjid Al-Taqua

[ο] Masjid Sallim Mattar

[ο] Masjid Wak Tanjong

[ο] Masjid An-Nur

[ο] Masjid Darul Makmur (tapak sementara)

[ο] Masjid Ahmad Ibrahim

[ο] Masjid Al-Istiqamah

[ο] Masjid Al-Muttaqin

[ο] Masjid Assyafaah

[ο] Masjid En-Naeem

[ο] Masjid Petempatan Melayu Sembawang

[ο] Masjid Yusof Ishak

[ο] Masjid Abdul Gafoor

[ο] Masjid Sultan

[ο] Masjid Angullia

[ο] Masjid Al-Iman

[ο] Masjid Al-Khair

[ο] Masjid Al-Mukminin

[ο] Masjid Assyakirin

[ο] Masjid Darussalam

[ο] Masjid Hasanah

[ο] Masjid Maarof

[ο] Masjid Pusara Aman

[ο] Masjid Ar-Raudhah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg