Sungguhpun Ramadan akan berakhir tidak lama lagi, bubur lambuk masih disediakan secara percuma bagi jemaah berbuka puasa di masjid-masjid Singapura.
Malah, kesibukan menyiapkan hidangan itu di syarikat katerer yang membekalkannya kepada masjid terus dirasakan.
Berita Harian meninjau apakah yang berlaku di sebalik tabir di dapur pusat restoran, Tash Tish Tosh, di Marine Cove bersama pengurus dapur syarikat itu, Encik Mohd Raffiuddin Rosli.
Tash Tish Tosh membekalkan bubur lambuk kepada empat masjid dan persiapan menyiapkan sajian itu bermula seawal 6 pagi.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg