Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Detik sejarah nikah sebelum ROMM pindah ke Esplanade pada 14 Apr

Apr 10, 2025 | 7:14 PM
Encik Rashid Abdullah (kanan), 42 tahun, dan Cik Khoirunnisa Nono Waryono, 38 tahun, menjadi pasangan terakhir yang bernikah di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROMM) sebelum pejabat tersebut berpindah ke Esplanade Mall pada 14 April.
Encik Rashid Abdullah (kanan), 42 tahun, dan Cik Khoirunnisa Nono Waryono, 38 tahun, menjadi pasangan terakhir yang bernikah di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROMM) sebelum pejabat tersebut berpindah ke Esplanade Mall pada 14 April. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Di ambang operasi Pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROM) dan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) di 7 Canning Rise bakal dihentikan pada 14 April, Encik Rashid Abdullah dan Cik Khoirunnisa Nono Waryono, mencipta detik bersejarah sebagai pasangan terakhir yang dinikahkan di situ.

Dalam tempoh empat tahun menjalin persahabatan dan hubungan kasih yang berakhir di jenjang pelamin, pasangan ini tidak menduga mereka bertuah dapat dinikahkan di bangunan ikonik yang mula beroperasi sejak Ogos 1983.

Mulai 14 April, urusan pernikahan pasangan mempelai akan dijalankan di bekas tapak library@esplanade di tingkat tiga, Esplanade Mall.

Ketika ditemui Berita Harian (BH), Encik Rashid, 42 tahun, seorang pemandu forklift, menjelaskan beliau bertemu warga Indonesia, Cik Khoirunnisa, 38 tahun, ketika isterinya datang ke Singapura untuk bertugas sebagai pembantu rumah pada 2021.

Cik Khoirunnisa berasal dari Indramayu di Jawa Barat.

“Sifat beliau yang prihatin, penyayang dan penyabar, menjadi antara sebab saya jatuh hati dengannya,” kata Encik Rashid tentang ciri-ciri yang membuatnya terpikat kepada Cik Khoirunnisa.

Cik Khoirunnisa pula menyifatkan Encik Rashid sebagai jejaka yang penyabar dan prihatin.

Sesi pernikahan mereka di ROMM dihadiri 16 anggota keluarga, kesemuanya terdiri daripada pihak pengantin lelaki.

Timbalan Pendaftar ROMM, Ustaz Syakir Pasuni, yang menggalas amanah sebagai kadi bagi pernikahan pasangan tersebut, berkata penutupan bangunan ROMM di Canning Rise, melambangkan satu detik bersejarah.

“Bangunan ROMM di Canning Rise telah menyaksikan peristiwa penting bagi ribuan pasangan.

“Dengan itu, pemindahan ke Esplanade Mall pasti akan meninggalkan kenangan pahit manis yang sukar dilupakan,” kata beliau.

Menyebut tentang bangunan ROMM, ramai yang pasti teringatkan bumbungnya yang dianggap ikonik.

Selama lebih empat dekad, pejabat Canning Rise merupakan lokasi yang dikenang dan dihargai ramai pasangan yang memulakan alam perkahwinan mereka.

Bangunan baru yang dijangka dibuka semula pada 2028 diharap menjadi tempat pilihan bagi lebih ramai pasangan untuk meraikan pernikahan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg