Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dialog Belia BH-Mendaki kupas aspirasi belia jelang 2040

May 23, 2025 | 9:46 PM
Dialog Belia BH-Mendaki,
Sekitar 50 peserta belia menghadiri Dialog Belia BH-Mendaki pada 23 Mei. Ia dianjurkan bersama oleh Berita Harian (BH) dan Yayasan Mendaki buat julung kali sempena Kempen Raikan Ilmu. - Foto BH oleh KHALID BABA

Sekitar 50 peserta belia menyertai Dialog Belia BH-Mendaki yang diadakan buat julung kali, anjuran bersama Berita Harian (BH) dan Yayasan Mendaki sempena Kempen Raikan Ilmu, pada 23 Mei.

Diadakan di bilik berita BH di Toa Payoh North, dialog tersebut merupakan yang pertama daripada dua sesi yang bertujuan mengupas pandangan dan aspirasi golongan belia mengenai masa depan masyarakat Melayu/Islam.

Perbincangan tertumpu kepada visi mereka bagi 2040, cabaran yang bakal dihadapi, serta usaha yang perlu digembleng untuk merealisasikannya. 

Sesi kedua dialog dijadualkan berlangsung pada Jun.

Antara topik yang dibincangkan termasuk harapan dan aspirasi para peserta terhadap masa depan masyarakat Melayu/Islam dalam tempoh 15 tahun akan datang, serta matlamat peribadi dan kerjaya masing-masing.

Mereka turut berkongsi bagaimana mereka merancang untuk terus belajar dan berkembang bagi mencapai cita-cita tersebut, serta peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat dalam menyokong perjalanan mereka.

Peserta juga dibawa ke bilik berita untuk belajar lebih lanjut tentang pekerjaan yang berbeza dalam bidang kewartawanan seperti wartawan, wartawan media sosial, pereka visual dan penyunting, bagi meningkatkan pengetahuan tentang industri media.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg