Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Diskaun 50%, kopi 50 sen bagi anggota NTUC hingga 31 Mei

Apr 24, 2025 | 2:51 PM
Link Rewards, NTUC Union, diskaun
Untuk menikmati diskaun, pelanggan mesti menunjukkan Link Rewards atau kad Kesatuan NTUC Union semasa pembayaran, atau membayar melalui aplikasi FairPrice Group. - Foto FAIRPRICE GROUP

Anggota Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan pemegang kad Link bakal menikmati penjimatan di seluruh pasar raya FairPrice Group dan cawangan Kopitiam terpilih dari 24 April hingga 31 Mei.

Tawaran itu dibuat sempena Hari Pekerja pada 1 Mei dan sambutan ke-60 kemerdekaan Singapura (SG60), serta bagi menghargai semua pekerja di negara ini, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada 24 April.

FairPrice Group berkata ia telah komited kepada penjimatan lebih $5 juta – jumlah terbesar untuk kempen Hari Pekerja tahunannya, lapor The Straits Times.

Sepanjang tempoh kempen, rakyat Singapura akan mendapat penjimatan dengan diskaun 50 peratus bagi keperluan harian dan tawaran minuman di cawangan Kopitiam terpilih.

“Pelanggan boleh meningkatkan lagi penjimatan mereka dengan menggabungkan diskaun Hari Pekerja dengan diskaun mingguan tetap FairPrice Group untuk warga emas, golongan Generasi Merdeka atau Generasi Perintis, dan pemegang kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) Biru atau Jingga,” kata kumpulan itu.

Mulai 24 April sehingga 18 Mei, anggota NTUC dan Link boleh menikmati diskaun 50 peratus untuk barangan keperluan baru setiap Khamis selama empat minggu, di dalam kedai dan dalam talian.

Tawaran minggu pertamanya, tersedia dari 24 hingga 27 April, ialah minuman pek tetra Milo Ready To Drink yang popular (24 x 200 mililiter), pada harga istimewa $7.80, berbanding harga biasa $15.60.

Namun, pembelian akan dihadkan kepada dua unit setiap barangan untuk setiap anggota setiap hari.

Untuk menikmati diskaun, pelanggan mesti menunjukkan Link Rewards fizikal atau kad NTUC semasa membuat pembayaran, atau membayar melalui aplikasi FairPrice Group.

“Tawaran Hari Pekerja berikutnya akan diumumkan pada 1 Mei, 8 Mei dan 15 Mei,” kata kumpulan itu.

Sementara itu, Yayasan FairPrice bekerjasama dengan Kopitiam untuk membawa kembali tawaran kopi panas 50 sen di 70 cawangan Kopitiam di seluruh negara dari 1 hingga 31 Mei.

Ketua Eksekutif Kumpulan FairPrice, Encik Vipul Chawla, berkata kumpulan itu tetap berdedikasi kepada misinya untuk memastikan semua orang boleh mendapatkan keperluan harian.

“Hari Pekerja ini, kami ingin mengiktiraf kerja keras pekerja dan barisan hadapan Singapura. Diskaun kami adalah cara untuk memberi pulangan, memastikan semua di Singapura boleh mengakses keperluan harian dan menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih memuaskan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg