Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fahmi sertai buka puasa dengan penduduk di Eunos, Geylang

Mar 20, 2025 | 2:15 PM
Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Encik Fahmi Aliman, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, telah berbuka puasa bersama 250 penduduk di Blok 11A Pavillion, Eunos Crescent pada 15 dan 16 Mac.
Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Encik Fahmi Aliman, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, telah berbuka puasa bersama 250 penduduk di Blok 11A Pavillion, Eunos Crescent pada 15 dan 16 Mac. - Foto FACEBOOK FAHMI ALIMAN

Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Encik Fahmi Aliman, telah menghadiri satu acara berbuka puasa bersama 250 penduduk di Blok 11A Pavillion, Eunos Crescent pada 15 dan 16 Mac.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 19 Mac, Encik Fahmi, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, berkata:

“Menyaksikan masyarakat kami bersama-sama menyambut Ramadan untuk berkongsi hidangan dan mengeratkan ikatan perkongsian, merupakan pengalaman yang menggembirakan!”

Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Burger King Singapore dan Coca-Cola yang telah menyediakan hidangan berbuka untuk 250 penduduk.

“Ini benar-benar mencerminkan inti pati semangat kampung dan memastikan semua orang boleh menjadi sebahagian daripada acara istimewa ini, tidak kira latar belakang mereka,” kata Encik Fahmi.

Pasukan sukarelawan daripada Rangkaian Penduduk (RN) Eunos Village, M Kuasa Tiga (M³) di Geylang Serai dan cawangan PAP, juga diberi penghargaan oleh Encik Fahmi atas kerja keras mereka di belakang tabir.

Dalam hantaran di Facebook yang berbeza pada 17 Mac, beliau turut menyertai acara berbuka puasa dengan penduduk di Geylang Serai RN dan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin akar umbi dan Geylang Serai RN atas usaha mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg