Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FairPrice agih telur bernilai $1j kepada golongan memerlukan

Mar 25, 2025 | 6:39 PM
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice, Encik Vipul Chawla, mengagihkan telur kepada benefisiari di pelancaran inisiatif ‘Protein Pledge’ pada 25 Mac. Usaha itu bertujuan meningkatkan akses kepada protein segar bagi golongan memerlukan seperti warga emas, keluarga berpendapatan rendah and pekerja migran.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice, Encik Vipul Chawla, mengagihkan telur kepada benefisiari di pelancaran inisiatif ‘Protein Pledge’ pada 25 Mac. Usaha itu bertujuan meningkatkan akses kepada protein segar bagi golongan memerlukan seperti warga emas, keluarga berpendapatan rendah and pekerja migran. - Foto FPG

Sejumlah $1 juta protein segar dalam bentuk telur akan diagihkan kepada warga emas, keluarga berpendapatan rendah dan pekerja migran di Singapura sepanjang lima tahun mendatang.

Ia sebahagian daripada inisiatif baru Kumpulan FairPrice (FPG) melalui cabang filantropinya, Yayasan FairPrice, – Protein Pledge (Ikrar Protein) – yang dilancarkan pada 25 Mac. 

Inisiatif itu bertujuan memastikan bekalan makanan mencukupi bagi golongan miskin dan memerlukan.

Sepanjang 2025, telur akan diagihkan secara berkala kepada lebih 46,000 penerima manfaat, kata FPG dalam satu kenyataannya pada 25 Mac.

Setakat ini, 18 pertubuhan amal dan rakan masyarakat FPF, termasuk Lions Befrienders, Children’s Aid Society, Pusat Pekerja Migran dan M Kuasa Tiga (M³), telah menyertai inisiatif itu bagi 2025.

Inisiatif tersebut berpandukan dapatan kajian A Full Plate yang dijalankan oleh FPG pada April 2024.

Kajian itu mendapati isi rumah berpendapatan rendah lebih mengutamakan protein segar berbanding makanan dalam tin atau diproses, yang lazimnya diagihkan dalam bantuan makanan. 

Dijalankan oleh FPG, kajian itu mengkaji perubahan tabiat pemakanan, pilihan makanan dan cabaran yang dihadapi rakyat Singapura hari ini.

Justeru, Protein Pledge antara pendekatan baru untuk meningkatkan akses dan pemahaman tentang pemakanan di Singapura, khususnya bagi golongan tersebut.

“Melalui Protein Pledge, kami ingin merapatkan jurang makanan dan pemakanan dengan menyediakan akses kepada protein segar, yang merupakan unsur penting dalam pemakanan sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FPG, Encik Vipul Chawla, yang juga anggota lembaga FPF.

Protein Pledge adalah lanjutan usaha terdahulu dalam menyokong golongan kurang bernasib baik. 

Antara inisiatif lalu termasuk pengagihan 45,000 biji telur pada 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg