Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Golf Amal BH-AMP sokong usaha perkasa keluarga pelbagai bangsa, agama

Jun 19, 2025 | 7:24 PM
Golf Amal BH-AMP, sokong keluarga susah pelbagai bangsa, agama
Antara benefisiari pusat Perkhidmatan Keluarga Yishun di bawah Persatuan Kanak-Kanak semasa acara Hari Rumah Terbuka pusat tersebut pada 2022. Program kendalian persatuan itu bakal mendapat suntikan dana yang dikumpulkan melalui acara golf amal anjuran Berita Harian (BH) dan AMP Singapura pada 22 Julai di Orchid Country Club. - Foto PERSATUAN KANAK-KANAK

Di sebalik keadaan kesihatan Encik Roslan (bukan nama sebenar) yang kurang baik dan tanggungjawabnya menyara lima anak, beliau tetap bergiat aktif menyumbang kepada masyarakat.

Antaranya ialah penganjuran acara malam sukan bagi memperkukuh hubungan silaturahim.

Penghantar makanan berusia 45 tahun itu melakukan inisiatif tersebut melalui penglibatannya di pusat Perkhidmatan Keluarga Yishun (YFC), antara pusat khidmat di bawah Persatuan Kanak-Kanak Singapura.

Mentelah, beliau juga sedang menjalani latihan yang ditawarkan persatuan itu untuk bekerja sebagai jurupandu bagi program masyarakat Chong Pang Resilience Trail.

Program tersebut – melibatkan Encik Roslan dan individu lain yang berkongsi pengalamannya kepada peserta – bertujuan memberi pekerjaan kepada golongan seperti beliau.

Seorang lagi penerima bantuan ialah Cik Kelly (bukan nama sebenar) yang meraih bantuan daripada pusat itu untuk mendapatkan pinjaman bagi menubuhkan gerai mi bebola ikan di Blok 717 Yishun Street 71.

Beliau, yang berusia 38 tahun dan mempunyai lima cahaya mata, sebelum ini berdepan cabaran mendapatkan dana bagi memulakan perniagaannya.

Kededua Encik Roslan dan Cik Kelly merupakan antara 20,187 individu yang meraih manfaat daripada inisiatif anjuran Persatuan Kanak-Kanak.

Program di bawah persatuan itu bakal mendapat suntikan hasil dana yang dikumpulkan melalui acara golf amal anjuran Berita Harian (BH) dan AMP Singapura buat julung-julung kalinya pada 22 Julai di Orchid Country Club.

Acara golf amal dianjurkan Berita Harian (BH) dan AMP Singapura buat julung-julung kalinya pada 22 Julai di Orchid Country Club.
Acara golf amal dianjurkan Berita Harian (BH) dan AMP Singapura buat julung-julung kalinya pada 22 Julai di Orchid Country Club. -

Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, berkata hasil pungutan dana itu akan dapat dimanfaatkan golongan memerlukan, tidak kira bangsa ataupun agama.

“Sejajar dengan semangat ulang tahun ke-60 kemerdekaan Singapura (SG60), BH memilih Persatuan Kanak-Kanak sebagai benefisiari Golf Amal BH-AMP agar ia dapat dimanfaatkan oleh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kami berharap kutipan derma ini dapat membantu usaha murni mereka menyokong kanak-kanak, belia dan keluarga yang memerlukan,” kata beliau.

Acara itu kali pertama menganjurkan golf amal, dan akan dipengerusikan bersama oleh Encik Nazry dan Pengarah Eksekutif AMP Singapura, Encik Mohksin Mohd Rashid.

Setakat ini, sebanyak $160,000 telah berjaya dikumpulkan menerusi inisiatif tersebut.

Sebanyak 40 peratus daripada dana itu akan disalurkan kepada Persatuan Kanak-Kanak bagi menyokong pelbagai perkhidmatannya yang dijalankan di 10 pusat serata Singapura.

Ini merangkumi empat bidang utama – Kanak-Kanak dan Belia Mudah Terjejas, Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Belia, Perkhidmatan Keluarga, serta Penyelidikan dan Advokasi.

Timbalan Pengarah Perhubungan Strategik dan Jangkauan, serta Pemangku Ketua Penglibatan Masyarakat dan Perkongsian Persatuan Kanak-Kanak, Cik Selene Ong, berkata dana tersebut akan bantu meneruskan usaha mereka.

“Kami bertekad mencapai misi kami untuk membawa kelegaan dan kebahagiaan kepada kanak-kanak yang memerlukan,” kata beliau.

Separuh lagi daripada kutipan dana golf amal itu akan disalurkan kepada program sokongan sosial bagi keluarga kurang berkemampuan di bawah naungan AMP.

Baki 10 peratus pula akan diperuntukkan kepada pemberian hadiah buku kepada sekurang-kurangnya dua pelajar institusi pengajian tinggi dalam bidang komunikasi, media atau pengajian Melayu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg