Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Golongan kurang bernasib baik berbagai kaum dirai dalam acara berbuka

Mar 28, 2025 | 8:15 PM
Majlis buka puasa di restoran McDonald’s Taman West Coast diserikan dengan kehadiran Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Encik Xie Yao Quan (berbaju merah), pada 28 Mac. Keluarga kurang bernasib baik dari daerah Jurong telah dijemput untuk berbuka puasa pada majlis tersebut.
Majlis buka puasa di restoran McDonald’s Taman West Coast diserikan dengan kehadiran Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Encik Xie Yao Quan (berbaju merah), pada 28 Mac. Keluarga kurang bernasib baik dari daerah Jurong telah dijemput untuk berbuka puasa pada majlis tersebut. - Foto BM oleh SHAFIQ APANDI

Empat acara berbuka anjuran McDonald’s dengan kerjasama inisiatif ComLink+ Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Keluarga Sepanjang Hayat (FFL) telah dianjurkan bagi keluarga berpendapatan rendah semasa Ramadan kali ini.

Acara itu menjemput keluarga berpendapatan rendah dari pelbagai latar belakang berbuka sama – termasuk Muslim dan bukan Muslim – bagi memupuk hubungan berbilang budaya dalam masyarakat majmuk.

Keempat-empat acara itu berlangsung di empat cawangan McDonald’s termasuk pada 14 Mac di Taman Ang Mo Kio dan Pusat Beli-Belah Northshore Plaza, serta 28 Mac di Taman West Coast dan Kelab Masyarakat Tampines East.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan McDonald’s Singapura, Encik Benjamin Boh, berkata:

“Kami terharu dapat melakukan usaha memupuk semangat kemasyarakatan dan keterangkuman, dengan membawa keluarga daripada latar belakang serta etnik berbeza bagi empat acara berbuka puasa ini.”

Dalam acara itu, kuiz trivia Ramadan juga diadakan bagi mengongsi maklumat tentang tradisi Ramadan dan amalan bulan ini. 

Para hadirin juga diberikan cenderahati atau ‘goodie bag’, mengandungi stokin, beg, kad mainan, sampul Raya, buku cerita kanak-kanak, buku mewarna dan kiub pembungkusan untuk melancong. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg