Iftar masyarakat Royal Kings pupuk harmoni antara kaum S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iftar masyarakat Royal Kings pupuk harmoni antara kaum S’pura

Lebih 150 tetamu daripada pelbagai latar belakang agama, kaum himpun dalam satu majlis buka puasa pada 19 Mac
Mar 19, 2026 | 8:47 PM

Iftar masyarakat Royal Kings pupuk harmoni antara kaum S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
harmoni antara kaum, iftar komuniti, tanggungjawab sosial korporat
Selain menyatukan lebih 150 tetamu dari pelbagai agama dan kaum, acara berbuka iftar Royal Kings pada 19 Mac turut melibatkan acara penyampaian baucar bernilai $100 bagi meringankan beban golongan memerlukan menjelang Hari Raya kepada lapan buah keluarga. - Foto BH oleh INSYIRAH MOHD SHUKOR

Lebih 150 tetamu daripada pelbagai latar belakang agama dan kaum berhimpun dalam satu majlis berbuka puasa anjuran syarikat tempatan, Royal Kings Group, pada 19 Mac sebagai usaha memperkukuh keharmonian antara kaum dan agama di Singapura.

Majlis yang berlangsung di De Villa @ Centrium Square itu turut dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi.

Mengulas tentang Ramadan yang bakal melabuhkan tirainya, Dr Syed berkata di sesetengah negara, usaha untuk menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai kaum dan latar belakang bukanlah sesuatu yang mudah.

Lantas, majlis iftar seperti ini wajar dihargai sebagai wadah yang menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama dalam semangat keharmonian dan kebersamaan, katanya.

“Ketika kita hanya berbaki beberapa minit lagi sebelum berakhirnya Ramadan, saya rasa amat bersyukur dapat berkongsi sedikit renungan pada saat ini. Menjelang penghujung bulan yang penuh keberkatan ini, kita mungkin tertanya-tanya, ke manakah hala tuju kita seterusnya?

“Apa yang ingin saya tinggalkan ialah harapan agar kita dapat melangkah keluar dari Ramadan dengan penuh ketenangan, dan seterusnya menyambut Hari Raya dengan aman serta dipenuhi keberkatan, seperti yang kita nikmati di negara ini.

“Keamanan seperti ini bukan sesuatu yang mudah diperoleh di banyak tempat lain di dunia, dan sebab itu ia sesuatu yang harus kita hargai bersama,” tambah beliau.

Acara tersebut merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke-12 yang dianjurkan Royal Kings Group tahun ini, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan syarikat itu dalam menyokong masyarakat, kata Pengarah Kumpulan Royal Kings, Encik Mohamed Ibrahim.

Semasa ucapannya, Encik Mohamed berkata acara ini bukan sekadar ruang untuk berbuka puasa bersama, tetapi juga platform untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai latar belakang.

“Majlis malam ini bukan sekadar tentang berbuka puasa bersama, tetapi juga meraikan persahabatan, mengukuhkan hubungan dan menghargai semua pihak yang telah menyokong perjalanan kami,” katanya.

Acara seperti ini turut menyerlahkan nilai-nilai penting yang harus dipupuk dalam masyarakat majmuk seperti Singapura, tambahnya.

“Bulan Ramadan mengingatkan kita tentang nilai yang paling penting, seperti rasa syukur, kebaikan, kemurahan hati dan perpaduan.

“Ia juga merupakan masa untuk kita bermuhasabah dan mengeratkan hubungan sesama kita,” ujar beliau lagi.

Dalam semangat itu, sebanyak lapan keluarga memerlukan turut menerima bantuan baucar bernilai $100 bagi meringankan beban mereka menjelang Hari Raya.

Meskipun tiada kriteria yang ditetapkan bagi dermasiswa ini, syarikat itu berkata susunan tersebut dibuat bagi memastikan semua lapisan masyarakat dapat hadir dalam majlis iftar berkenaan, termasuk keluarga yang memerlukan, di samping menghubungkan pemimpin masyarakat dengan para penerima manfaat.

Dalam ucapannya, Encik Mohamed turut menegaskan bahawa syarikat itu akan terus mengekalkan fokus terhadap usaha memberi kembali kepada masyarakat.

Dengan penganjuran acara seumpama ini, Royal Kings Group berharap dapat terus memainkan peranan dalam memperkukuh jalinan sosial serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini, jelasnya.

Usaha ini seiring dengan perkembangan mereka daripada sebuah syarikat tunggal, kepada sebuah kumpulan perniagaan pelbagai sektor sejak 2013, termasuk dalam bidang teknologi maklumat, perundingan perniagaan, hospitaliti dan perdagangan global.

Majlis iftar itu turut menyaksikan kehadiran wakil daripada beberapa pertubuhan masyarakat, termasuk Jamiyah Singapura,  Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC), Dewan Perniagaan dan Perusahaan India (SICC) dan Persatuan Bahasa dan Budaya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg