Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jeti di Pulau St John, Kusu tutup untuk pembaikan mulai 24 Apr

Apr 21, 2025 | 7:58 PM
Jeti akan ditutup buat sementara waktu bagi memudahkan pemeriksaan struktur dan kerja-kerja pembaikan.
Jeti akan ditutup buat sementara waktu bagi memudahkan pemeriksaan struktur dan kerja-kerja pembaikan. - Foto PENGUASA KELAUTAN DAN PELABUHAN SINGAPURA

Dua jeti di Pulau St John atau dikenali sebagai Pulau Sekijang Bendera dan Pulau Kusu akan ditutup untuk kerja pembaikan mulai 24 April.

Jeti Pulau St John dan jeti bumbot Pulau Kusu akan ditutup buat sementara untuk memudahkan pemeriksaan struktur dan kerja pembaikan bagi memastikan ia kekal selamat untuk kegunaan orang ramai.

Demikian menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA) dalam satu kenyataan pada 21 April.

Menurut SLA, fasa awal dijadual mengambil masa sekitar setahun dan akan melibatkan penyiasatan menyeluruh melibatkan struktur jeti bagi menentukan kerja pengukuhan yang diperlukan.

Kerja semasa fasa itu akan merangkumi penilaian kesan terhadap alam sekitar, yang akan dilaksanakan sebelum sebarang kerja utama pengukuhan atau pembinaan semula.

Kededua pulau itu akan kekal terbuka kepada orang ramai, dan SLA menasihatkan orang ramai supaya menggunakan jeti alternatif – Jeti Seringat di Pulau St John dan jeti utama Pulau Kusu – untuk ke destinasi masing-masing.

Jeti Seringat terletak kira-kira 30 minit jika berjalan kaki dari jeti utama Pulau St John, manakala jeti utama Pulau Kusu hanya mengambil masa sekitar tiga minit jika berjalan kaki dari jeti bumbot di pulau itu.

Pengunjung yang ingin melawat dua pulau itu boleh membeli tiket feri di laman web, www.islandcruise.com.sg, www.marinasouthferries.com atau secara peribadi di kaunter feri di Marina South Pier.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg