Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua Turus Tentera Indonesia lawat S’pura, terima anugerah berprestij

Apr 17, 2025 | 6:58 PM
Ketua Turus Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD), Jeneral  Maruli Simanjuntak (kanan), menerima anugerah ketenteraan berprestij Singapura, Pingat Jasa Gemilang (Tentera), yang disampaikan oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Heng, di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada pagi 17 April.
Ketua Turus Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD), Jeneral Maruli Simanjuntak (kanan), menerima anugerah ketenteraan berprestij Singapura, Pingat Jasa Gemilang (Tentera), yang disampaikan oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Heng, di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada pagi 17 April. - Foto MINDEF

Presiden Tharman Shanmugaratnam menyampaikan Pingat Jasa Gemilang (Tentera), satu anugerah ketenteraan berprestij Singapura, kepada Ketua Turus Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD), Jeneral Maruli Simanjuntak.

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menyampaikan anugerah tersebut kepada Jeneral Maruli pada majlis pelantikan yang diadakan di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada pagi 17 April.

“Anugerah itu mengiktiraf sumbangan penting Jeneral Maruli dalam mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala antara Tentera Darat Indonesia dengan Tentera Singapura,” kata Mindef dalam satu kenyataan pada 17 April.

Di bawah kepimpinannya, kedua-dua tentera terus memperluas kerjasama profesional dan hubungan antara anggotanya melalui lawatan peringkat tinggi secara berkala, penyertaan silang dalam kursus, pertukaran profesional, serta latihan dua hala seperti Latihan Safkar Indopura dan Latihan Chandrapura.

Latihan Chandrapura meraikan ulang tahun ke-30 pada 2024.

Interaksi tersebut telah meningkatkan operasi profesional bersama dan membina hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh antara kededua pihak, memperkukuh lagi kepercayaan dan persefahaman bersama, jelas Mindef.

Sebelum menerima anugerah tersebut, Jeneral Maruli, yang berada di Singapura dari 16 hingga 17 April, turut mengadakan pertemuan dengan Dr Ng dan Panglima Pasukan Pertahanan Laksamana Madya Aaron Beng, selepas memeriksa Kawalan Kehormatan di Mindef.

Semasa di Singapura, Jeneral Maruli turut melawat Bandar Safti, kemudahan latihan ketenteraan yang canggih, dan mengambil bahagian dalam pertandingan menembak Sukan Interaksi Tentera SAF-TNI yang diadakan di Kompleks Pelbagai Misi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg