Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kunjungan Komander Armada Pasifik AS ke S’pura perkukuh hubungan pertahanan

May 5, 2025 | 6:13 PM
Komander Armada Pasifik Amerika Syarikat (US PACFLT), Laksamana (ADM) Stephen Koehler (kiri), dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, membincangkan perkembangan geopolitik serantau serta usaha untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 5 Mei.
Komander Armada Pasifik Amerika Syarikat (US PACFLT), Laksamana (ADM) Stephen Koehler (kiri), dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, membincangkan perkembangan geopolitik serantau serta usaha untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 5 Mei. - Foto MINDEF

Komander Armada Pasifik Amerika Syarikat (US PACFLT), Laksamana (ADM) Stephen Koehler, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, di Kementerian Pertahanan (Mindef), pada 5 Mei.

Dalam pertemuan tersebut, Encik Zaqy dan Laksamana Koehler telah mengesahkan semula hubungan pertahanan yang kukuh dan telah lama terjalin antara Singapura dengan Amerika.

“Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Angkatan Laut Amerika Syarikat (USN) berkongsi hubungan yang telah lama terbina berdasarkan latihan bersama secara berkala, pertukaran profesional dan kerjasama latihan.

“Usaha ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan untuk beroperasi bersama, malah turut memupuk hubungan yang bermakna dan persefahaman bersama di semua peringkat,” kata Encik Zaqy, dalam satu hantaran Facebook pada 5 Mei.

Kededua pihak juga membincangkan perkembangan geopolitik serantau serta usaha untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Laksmana Koehler berada di Singapura sehingga 7 Mei bagi lawatan pengenalan.

Beliau juga dijadualkan memberi ucapan di Persidangan Keselamatan Maritim Antarabangsa (IMSC) kesembilan.

Sebagai sebahagian daripada lawatannya, Laksamana Koehler turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Pasukan Pertahanan, Laksamana Madya Aaron Beng, dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Sean Wat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg