Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki cedera terkena peluru tersasar di hutan berhampiran latihan tentera

Jun 16, 2025 | 7:48 PM
Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah.
Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah. - Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS

Seorang lelaki berusia 42 tahun cedera akibat terkena peluru dan telah mendapatkan bantuan perubatan di sebuah hospital, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 16 Jun.

Lelaki itu dikatakan mengalami kecederaan akibat tembakan pada bahagian kiri belakang tubuhnya pada 15 Jun, kata polis dalam satu kenyataan pada 16 Jun.

Sebutir peluru ditemui di belakang lelaki itu, kata polis, sambil menambah bahawa kecederaan tersebut tidak mengancam nyawa.

Lelaki itu kini berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan bagi mengeluarkan peluru tersebut, lapor The Straits Times.

Lelaki itu telah berbasikal bersama rakan-rakannya pada sekitar 11.40 pagi pada 15 Jun di dalam kawasan larangan Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah, antara Kolam Air Upper Seletar dengan Kolam Air Upper Pierce – yang diwartakan untuk latihan menembak bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang menggunakan peluru hidup, kata jurucakap Mindef.

Rakan-rakannya membawanya ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Latihan menggunakan peluru hidup yang dibenarkan oleh SAF di padang tembak Nee Soon sedang berlangsung kira-kira 2.3 kilometer dari tempat yang mencederakan lelaki itu.

Kegiatan menembak menggunakan peluru hidup di kawasan itu telah digantung.

Di bawah Akta Gerakan Tentera, individu yang tidak mendapat kelulusan tidak dibenarkan memasuki kawasan yang diwartakan khusus untuk latihan SAF menggunakan peluru hidup, demi keselamatan mereka sendiri, kata Mindef.

Kawasan itu mempunyai papan tanda amaran yang melarang orang ramai masuk tanpa kebenaran, kata polis.

Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah merupakan hutan simpanan semula jadi terbesar di Singapura, dengan lebih 2,000 hektar tanah hutan dengan laluan lebih 20 kilometer, menurut Lembaga Taman Negara (NParks).

Siasatan sedang dijalankan polis dan SAF. Tiada unsur jenayah disyaki.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg