Mendaki tambah biasiswa, dermasiswa 25 peratus setiap tahun antara 2026 dengan 2030

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mendaki tambah biasiswa, dermasiswa 25 peratus setiap tahun antara 2026 dengan 2030

Jan 20, 2026 | 12:00 AM

Mendaki tambah biasiswa, dermasiswa 25 peratus setiap tahun antara 2026 dengan 2030

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
biasiswa, dermasiswa, mendaki, yayasan mendaki, 2026, 2030
Mendaki menambah jumlah biasiswa dan dermasiswa bagi lima tahun mendatang demi bagi memperkukuh misinya dalam menyokong pendidikan anak Melayu/Islam. - Foto fail

Yayasan Mendaki bakal menambah jumlah biasiswa dan dermasiswa yang diberikan kepada pelajar Melayu/Islam daripada pelbagai latar belakang mulai 2026.

Perubahan itu akan menyaksikan tambahan sebanyak 25 peratus setiap tahun, sepanjang tempoh lima tahun akan datang, sehingga 2030.

Kata Mendaki, langkah tersebut bertujuan memperluas akses kepada pendidikan tinggi, sekali gus memastikan pelajar daripada pelbagai latar belakang berpeluang melanjutkan pengajian tanpa kekangan kewangan.

Perkara itu diumumkan dalam pelancaran Pelan Kerja Lima tahun Mendaki (antara 2026 dengan 2030) di ibu pejabat Mendaki pada 15 Januari.

Hadir pada sesi taklimat tersebut itu ialah Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Pengerusi Mendaki, serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Encik Feroz Akber.

Bertemakan ‘Mendaki 2030: Sentiasa Bersamamu’, pelan tersebut merangkumi empat teras utama, iaitu membentuk pelajar yakin, memperkukuh institusi keluarga, menyediakan tenaga kerja yang bersedia menghadapi masa hadapan, serta membangunkan masyarakat yang berdaya maju.

Selain anugerah pendidikan, Mendaki juga mengumumkan Program Pencapaian Mendaki (MAP), yang akan menerapkan sesi pengayaan dan penglibatan pada skim tuisyen itu dalam membangun pelajar yang yakin.

Pada masa ini, Mendaki menawarkan lebih 30 jenis anugerah setiap tahun, termasuk Biasiswa Yayasan MENDAKI – Global Radiance Group of Maritime Companies (GRG), Dermasiswa ETF – The Saleh and Gato Motiwalla dan Anugerah Yayasan Mendaki – Zainul Abidin.

Sekitar 40 pelajar menerima Biasiswa Mendaki, manakala 200 individu pula disampaikan dengan Dermasiswa Mendaki pada 2025, kongsi badan bantu diri tersebut kepada Berita Harian (BH).

Menurut badan ini lagi, tambahan jumlah anugerah itu penting bagi memperkukuh misinya menyokong masyarakat Melayu/Islam yang ingin mengejar pendidikan tanpa dibebani kebimbangan terhadap kemampuan dari segi kewangan.

Dalam pada itu, di sesi taklimat berkenaan, Dr Faishal mengutarakan dan menekankan pencapaian masyarakat Melayu/ Islam dalam semangat ingin memperbaiki diri.

“Perubahan dalam profil pendidikan dan pekerjaan orang Melayu/Islam kita mencerminkan komitmen kolektif yang lebih mendalam terhadap pertumbuhan dan usaha memperbaiki diri.

“Kemajuan ini bukan sahaja meningkatkan mutu kehidupan individu, tetapi berfungsi sebagai sumber inspirasi kepada ramai lagi dalam masyarakat ini untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya,” ujar beliau.

“Perubahan dalam profil pendidikan dan pekerjaan orang Melayu/Islam kita mencerminkan komitmen kolektif yang lebih mendalam terhadap pertumbuhan dan usaha memperbaiki diri. Kemajuan ini bukan sahaja meningkatkan mutu kehidupan individu, tetapi berfungsi sebagai sumber inspirasi kepada ramai lagi dalam masyarakat ini untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya.”
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg