Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muis pantau keadaan pelajar S’pura di Timur Tengah

Jun 16, 2025 | 5:56 PM
Muis, SLO
Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) memaklumkan terus memantau keadaan di Timur Tengah dan kekal berhubung secara berkala dengan pelajar di beberapa negara melalui Pegawai Perhubungan Pelajar (SLO). - Foto FACEBOOK/MUIS

Susulan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata ia mengekalkan komunikasi rapat dengan agensi berkaitan dan sedang melakukan segala yang mampu bagi menyokong kesejahteraan pelajar Singapura di sana.

Dalam catatan Facebook pada 16 Jun, Muis memaklumkan pihaknya terus memantau keadaan di Timur Tengah dan kekal berhubung secara berkala dengan pelajar melalui Pegawai Perhubungan Pelajar (SLO).

Muis berkata: “Kami faham bahawa ini mungkin masa yang mencemaskan bagi ibu bapa dan orang tersayang. 

“Ketahuilah bahawa kami mengekalkan komunikasi rapat dengan agensi berkaitan dan melakukan apa yang kami mampu untuk menyokong kesejahteraan pelajar kami.”

Ini termasuk menjalinkan kerjasama rapat dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA), dan Konsulat Agung Kehormat Republik Singapura di Amman, Jordan, dalam usaha melindungi kepentingan warga Singapura yang melawat, menetap dan bekerja di sana.

Menurut catatan Facebook itu lagi, terdapat bantuan tambahan daripada Konsulat Agung Kehormat Singapura di Amman jika diperlukan.

SLO yang berpangkalan di Kahirah, Mesir, dan Jeddah, Arab Saudi, turut berhubung rapat dengan badan pelajar Singapura di Jordan, Mesir, Arab Saudi dan Kuwait.

Menurut Muis lagi, SLO giat memberi sokongan dan bimbingan tepat pada masanya kepada pelajar di negara terbabit mengenai usaha menangani keadaan genting ini.

Muis turut menggalak ibu bapa pelajar Singapura yang berada di negara berkenaan agar menghubungi pihaknya secara langsung di talian 6359-1199 atau menerusi e-mel, info@muis.gov.sg, sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kebimbangan.

“Mari kita terus berdoa untuk keselamatan pelajar kita dan keamanan di rantau Timur Tengah,” kata Muis lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg