Topik diikuti
Pergi ke BHkuMuis tekad kerjasama dengan pihak terlibat untuk perkukuh urusan korban
Muis tekad kerjasama dengan pihak terlibat untuk perkukuh urusan korban
Rahayu harap masyarakat lihat cabaran, kegenjotan sebagai peluang pupuk perpaduan dan keprihatinan
May 27, 2026 | 7:29 PM
Muis tekad kerjasama dengan pihak terlibat untuk perkukuh urusan korban
Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan terus bekerjasama dengan pihak atau badan yang terlibat dalam khidmat korban bagi memperkukuh urusan korban pada masa akan datang, kata Menteri Negara (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Cik Rahayu Mahzam.
Beliau memberi jaminan sedemikian selepas solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Assyakirin pada 27 Mei, di mana beliau juga akur akan rasa kecewa yang menyelubungi jiwa sebahagian sohibul (pelaksana) korban susulan kegenjotan urusan korban melibatkan empat masjid di Singapura tahun ini (2026).
Laporan berkaitan
Mufti: Umat Islam perlu ambil jalan tengah hadapi cabaran duniaMay 27, 2026 | 5:25 PM
Pelaksana korban The Meat Brothers mula ambil langkah alternatifMay 25, 2026 | 7:16 PM
