Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NDP 2025: Terbang layang-layang, dron dilarang pada beberapa hari

Jun 6, 2025 | 5:34 PM
NDP 2025, dron dilarang, padang
Sekatan ke atas kegiatan udara adalah demi keselamatan awam dan pesawat yang akan terbang pada tahap rendah ketika perisapan bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025. - Foto ST

Penerbangan tanpa kebenaran menggunakan layang-layang dan dron tidak akan dibenarkan di Padang dan kebanyakan bahagian pulau ini semasa beberapa hari pada Jun, Julai dan Ogos.

Sekatan ke atas kegiatan udara pada masa tertentu ini adalah demi keselamatan orang ramai dan pesawat yang akan terbang pada paras rendah sebagai sebahagian daripada persiapan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), pada 6 Jun.

Kawasan larangan sementara, yang termasuk lokasi estet perumahan seperti Bedok dan Jurong West, akan dilanjutkan dari paras tanah hingga 2,500 kaki (762 meter) di atas paras purata laut.

Sekatan itu kebanyakannya akan berkuat kuasa pada Sabtu (14 Jun, 21 Jun, 28 Jun, 5 Julai, 12 Julai, 19 Julai, 26 Julai, 2 Ogos). Tarikh lain yang terjejas ialah 9, 10 dan 12 Jun.

Tarikh akhir yang terjejas ialah 9 Ogos, semasa NDP.

Sekiranya keadaan cuaca buruk pada mana-mana tarikh yang dirancang, tarikh 16 Ogos mungkin digunakan.

Kegiatan udara lain yang dilarang dalam kawasan larangan sementara termasuk menaikkan belon dan menerbangkan pesawat tanpa pemandu, melainkan permit yang diperlukan telah diperoleh daripada CAAS.

Mereka yang didapati bersalah melakukan kegiatan udara tanpa kebenaran dalam kawasan larangan sementara boleh didenda sehingga $20,000 bagi kesalahan pertama.

Pesalah berulang boleh didenda sehingga $40,000, penjara sehingga 15 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang didapati bersalah melakukan kegiatan pesawat tanpa pemandu yang tidak dibenarkan dalam kawasan larangan sementara boleh didenda sehingga $50,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Hukuman bagi kesalahan seterusnya meningkat kepada denda sehingga $100,000, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

CAAS berkata sekatan sedia ada ke atas kegiatan pesawat udara dan tanpa pemandu dalam jarak lima kilometer dari lapangan terbang, kawasan bahaya, kawasan yang tidak dibenarkan, kawasan larangan dan kawasan perlindungan masih akan berkuat kuasa.

Orang ramai boleh menyemak laman web OneMap.sg atau aplikasi OneMap untuk mendapatkan maklumat tentang kawasan yang dilarang atau memerlukan permit.

Akan ada peningkatan dalam kegiatan penerbangan di beberapa bahagian Singapura pada tarikh dan masa yang terjejas. CAAS menggesa orang ramai supaya usah bimbang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg