Premium
Pek bantuan suntik semangat ibu tunggal jadi berdikari
Usahawati hasil kraf demi raih pendapatan sambil sumbang kembali kepada masyarakat
Jan 2, 2026 | 5:30 AM
Tidak pernah terlintas di fikiran Cik Anisah Salleh bahawa sebuah pek berisi barangan dapur mampu membawa begitu banyak harapan buat dirinya.
Namun, selama dua tahun, pek yang diterimanya setiap bulan daripada badan amal, Food from the Heart (FFTH), itu seolah-olah membawa sedikit nafas lega dalam perjuangannya menyara diri serta anak lelakinya yang menghidapi autisme.

