Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penganjur beri perincian pendapatan acara jual, rebut kek

Sep 30, 2025 | 9:58 AM
Slice Slice Baby, Plus Santai, Plussantai
Edisi ketiga acara Slice, Slice, Baby, anjuran Plussantai yang berlangsung di The Malayan Council di Winstedt Road pada 14 September, menerima kritikan di media sosial mengenai harga tinggi seperti yuran penyertaan $170 ke atas peserta pembuat kek dan juga $33 hingga $60 bagi pelanggan yang mendakwa mengalami pengalaman yang tidak memuaskan semasa acara itu. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK TEKATEKITEKU
Acara edisi ketiga Slice, Slice Baby, menampilkan beraneka jenis kek daripada 19 peserta yang merupakan pembuat kek. Setiap perserta membawa tiga jenis kek untuk acara tersebut.
Acara edisi ketiga Slice, Slice Baby, menampilkan beraneka jenis kek daripada 19 peserta yang merupakan pembuat kek. Setiap perserta membawa tiga jenis kek untuk acara tersebut. - Foto INSTAGRAM PLUSSANTAI
Pelanggan dalam setiap kumpulan yang tidak melebihi 40 orang, diberikan tujuh minit untuk memilih tiga hingga lima potong kek, mengikut nilai tiket yang telah dibayar.
Pelanggan dalam setiap kumpulan yang tidak melebihi 40 orang, diberikan tujuh minit untuk memilih tiga hingga lima potong kek, mengikut nilai tiket yang telah dibayar. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK TEKATEKITEKU

Satu penjelasan terpaksa dikeluarkan oleh sebuah syarikat penganjur acara penjualan kek secara bersama melibatkan para peniaga, menyusuli kritikan yang diterimanya selepas acara itu berlangsung pada 14 September.

Penganjur acara Slice, Slice, Baby (SSB) itu, Plussantai, terpaksa menjelaskan mengapa yuran sebanyak $170 dikenakan ke atas 19 peserta yang merupakan pembuat kek yang mengambil bahagian.

Selain itu, terdapat juga komen tentang tiket berharga antara $33 dengan $60 yang dikenakan ke atas para pelanggan acara tersebut di mana mereka boleh mengambil tiga hingga lima potong kek semasa acara itu berlangsung.

Dalam satu hantaran Instagram pada 26 September, Plussantai menjelaskan bahawa yuran penyertaan $170 yang dikenakan ke atas peserta yang turut serta adalah untuk menampung kos, bukan untuk keuntungan berlebihan.

Menurut Plussantai secara keseluruhannya acara tersebut menjana sekitar $11,230 hasil yuran penyertaan peserta yang mengambil bahagian, selain penjualan tiket kepada orang ramai.

Mereka mendedahkan bahawa sekitar $8,000 telah digunakan untuk kos operasi. Tiada bayaran sewa dikenakan bagi penggunaan ruang di The Malayan Council di Winstedt Road itu semasa acara berlangsung.

Lagi $3,000 pula bagi operasi acara pada masa hadapan.

Difahamkan acara pada masa hadapan ini termasuk penganjuran acara serupa di mana kek akan dijual secara bersama oleh para peniaga yang terlibat.

Dalam acara tersebut, para pelanggan dibahagikan dalam tujuh kumpulan, dengan setiap kumpulan tidak melebihi 40 orang.

Namun apa yang menjadi pertikaian dalam yang diadakan buat kali ketiga itu adalah harga berkaitan harga yuran buat peserta dan pelanggan.

Pada 19 September, terdapat beberapa komen di media sosial yang menjadi tular selepas seorang pembuat kek perniagaan dari rumah (HBB), Mizartlane berkongsi pengalaman kurang senangnya dalam acara tersebut. Difahamkan perniagaan itu adalah salah satu daripada daripada 19 peserta yang mengambil bahagian dalam acara SSB.

Mizartlane berkata ia faham bahawa acara itu tidak akan menjana pendapatan, namun ia mempersoalkan nilai yuran penyertaan itu meskipun telah berbelanja sekitar $200 untuk bahan-bahan kek.

Mizartlane menganggarkan mengalami kerugian lebih $500 merangkumi masa, usaha dan juga bakal penjualan pada hari tersebut berdasarkan acara selama sehari itu.

Apabila dihubungi Berita Harian (BH) tentang perkongsiannya di media sosial, Mizartlane berkata:

“Ada yang berasa marah kerana hasil jualan tiket tidak membawa keuntungan kepada peserta pembuat kek. Malah, mereka terperanjat kerana harus membayar yuran penyertaan sebanyak $170.

“Peserta tidak disokong seperti yang dijanjikan. Pemasaran yang dilakukan tidak seperti yang diharapkan.”

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), pengasas Plussantai, Encik Hans Ramlee mengakui bahawa maklum balas Mizartlane dtelah diterima merekai, dan menjelaskan bahawa respons mereka adalah untuk menerangkan model operasi acara tersebut.

Plussantai menegaskan bahawa model operasi mereka – di mana peserta membayar yuran dan pelanggan membeli tiket – adalah konsisten sepanjang dua edisi sebelum itu.

“Kami memahami bahawa format ini mungkin tidak sesuai untuk setiap peserta.

“Namun, ramai peserta pembuat kek – terutamanya yang beroperasi dari rumah atau secara dalam talian – telah meraih manfaat dalam jualan, penjenamaan, dan pendedahan, sebab itulah mereka tetap kembali menyertai dalam beberapa edisi acara kami.

“Walaupun kami berpegang pada rangka kerja acara ini, kami akan tetap mengambil serius maklum balas dan akan menilai semula cara untuk menyampaikan jangkaan serta faedah dengan lebih baik (acara ini) pada masa hadapan.

“Kami juga memahami pandangannya mengenai acara ini dan sedang membincangkan maklum balas tersebut secara dalaman untuk menambah baik acara yang akan datang,” kata Encik Hans.

Seorang lagi peserta yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Nad, 33 tahun, yang menyertai acara itu buat kali ketiga berkata pengalamannya di acara tersebut agak positif dan melihat SSB sebagai ruang untuk memperkenalkan perniagaannya kepada orang ramai..

“Saya dapat menemui dan melayan pelanggan semasa acara ini berlangsung. Lantas Saya menghargai konsep acara ini kerana membolehkan pengalaman yang bermakna kepada saya,” ujar Cik Nad.

Seorang pelanggan yang dihubungi BH, Cik Suvitra Balakrishnan, 31 tahun, berkata beliau merupakan kumpulan terakhir untuk mengambil kek.

Justeru, apabila tiba gilirannya untuk masuk, baki kek tidak banyak, kata eksekutif pemasaran bebas itu.

“Saya juga perasan bahawa saiz potongan kek oleh para peserta tidak sama di semua gerai.

“Ada yang lebih besar, manakala ada juga yang lebih kecil daripada potongan kek standard,” tambahnya lagi.

Seorang lagi pelanggan, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Mai menambah:

“Kami juga tidak menyedari bahawa acara itu adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Konsep asal acara ini adalah untuk orang ramai mendapatkan kek mereka pada masa yang sama.

“Tiba giliran saya, beberapa jenis kek sudah habis, memandangkan saya kumpulan yang keempat. Ini buat saya agak keliru kerana saya membayar $43 untuk tiga potong kek. Saya tak dapat bayangkan mereka yang berada di giliran terakhir.”

View post on Instagram
 
View post on Instagram
 
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg