Pengarah restoran sesuaikan diri selepas hilang pendengaran telinga kiri
Premium
Pengarah restoran sesuaikan diri selepas hilang pendengaran telinga kiri
Disahkan hidap ‘cochlear schwannoma’, sejenis ketumbuhan pada saraf
Aug 25, 2025 | 5:30 AM
Encik Abdul Hadi Jamalludin, telah didiagnosis dengan ‘cochlear schwannoma’, sejenis ketumbuhan tidak berbahaya pada saraf yang menghubungkan telinga ke otaknya, pada November 2024. Ini menyebabkan beliau kehilangan daya pendengaran pada telinga kiri. - Foto BH oleh KHALID BABA
Bunyi bising kelentang-kelentung di dapur restoran masakan Thailand, Koh Nang Kam, yang menjadi milik keluarganya sudah menjadi kebiasaan bagi Encik Abdul Hadi Jamalludin, 34 tahun, sejak di bangku sekolah lagi.
Namun, beliau tidak pernah menyangka bahawa pada suatu hari, beliau akan mengalami kesukaran mendengar, dan keriuhan di restoran yang terletak di 4 dan 6 Jalan Kledek itu akan menjadi satu cabaran bagi dirinya, selepas beliau hilang pendengaran.
Laporan berkaitan
Suri rumah kongsi pengalaman hidapi penyakit Sindrom Guillain-BarréMay 30, 2025 | 4:57 PM
Warga S’pura korban nahas jalan raya di LinkeduaJul 17, 2025 | 6:57 PM

