Berikut catatan Instagram Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir pada 27 September:
“Bagi pihak masyarakat Islam dan para pemimpin agamanya, saya ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih yang mendalam kepada para pemimpin agama lain serta masyarakat anda, atas sokongan dan perpaduan dalam melindungi tempat ibadah dan memelihara keharmonian.
Walaupun tindakan seperti ini cuba memecah-belahkan kita, kita mesti terus bersatu dan memperdalam kepercayaan serta persahabatan yang telah kita bina dengan penuh usaha.
Terdapat ruang penting dalam semua tradisi agama kita untuk pengampunan, sedekah dan kebaikan.
Ini lebih relevan sekarang di mana intoleransi dan tingkah laku kebencian terus meningkat di seluruh dunia.
Seorang individu mungkin telah melakukan kesilapan ini kerana didorong oleh kesedihan dan salah faham, dan ia menyedihkan serta membimbangkan bahawa kesucian tempat ibadah kita telah dicemari.
Namun, masyarakat kita mesti terus bersama-sama menentukan norma kejiranan dan persahabatan yang mengukuhkan perpaduan, serta menunjukkan jalan empati dan belas kasihan.
Marilah kita bersama-sama memelihara perpaduan dan ikatan bersama yang menjadikan kita Satu Rakyat Bersatu.”


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg