Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pergas: Kenyataan Calvin Cheng amat merisaukan, gesa individu buat kenyataan tidak sensitif dipertanggungjawabkan

Apr 7, 2025 | 9:53 AM
Pergas menekankan individu yang menghasut kebencian, mencetuskan perpecahan dan membuat kenyataan tidak sensitif dan berbahaya mesti dipertanggungjawabkan. Ini sejajar dengan nilai-nilai yang dijunjung rakyat Singapura - nilai tanggungjawab, saling hormat-menghormati dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada keamanan.
Pergas menekankan individu yang menghasut kebencian, mencetuskan perpecahan dan membuat kenyataan tidak sensitif dan berbahaya mesti dipertanggungjawabkan. Ini sejajar dengan nilai-nilai yang dijunjung rakyat Singapura - nilai tanggungjawab, saling hormat-menghormati dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada keamanan. - Foto fail

Individu yang menghasut kebencian, mencetuskan perpecahan dan membuat kenyataan tidak sensitif dan berbahaya harus dipertanggungjawabkan selaras dengan nilai yang dipegang oleh rakyat Singapura iaitu nilai tanggungjawab, saling hormat, dan komitmen yang tidak berbelah bagi kepada keamanan.

Demikian ditekankan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS) menerusi satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebook pada 6 April.

Catatan Pergas itu sebagai respons kepada kenyataan mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dan pengulas sosiopolitik Encik Calvin Cheng mengenai isu Israel-Palestin, termasuk kata-kata yang mencetuskan kemarahan yang didakwa Pergas ditujukan kepada masyarakat Muslim di Singapura.

Menerusi catatan itu juga, Pargas menyuarakan kekecewaan yang mendalam terhadap kenyataan yang dibuat oleh Encik Cheng, khususnya sindiran bahawa sesetengah individu harus dihantar ke Gaza dan tidak dibenarkan pulang.

Perbuatan Encik Cheng itu amat mengecewakan kerana beliau merupakan seorang individu yang dikenali, menurut Pergas.

“Sebagai bekas tokoh awam, Encik Cheng memiliki pengaruh dan jangkauan. Oleh itu, adalah mengecewakan bahawa daripada memupuk perbincangan berlandaskan rasa saling hormat, beliau telah memilih untuk mempersenda dan mengasingkan warga Singapura, yang ramai daripada mereka menyatakan empati dan solidariti sebagai respons kepada penderitaan kemanusiaan.

“Kenyataan ini - yang dibuat dalam domain awam - boleh ditafsirkan sebagai tidak berperikemanusiaan, meremehkan dan sangat tidak sensitif, terutamanya memandangkan tragedi global yang berterusan yang terus menimbulkan kesedihan kepada masyarakat di seluruh dunia.

Sepanjang berdekad lamanya, Singapura telah bekerja keras untuk memupuk rasa saling hormat-menghormati antara penganut agama dan kaum yang berbeza.

“Kenyataan seperti ini bukan sahaja melukakan perasaan tetapi juga menanam benih ketidakpercayaan dan perpecahan. Ia mengganggu kewujudan bersama secara aman yang rakyat Singapura, berpandukan nilai-nilai bersama dan prinsip kebangsaan, telah dibina secara kolektif dan terus dilindungi,” kata Pergas dalam kenyatannya.

Pergas menambah kenyataannya itu dibuat dengan sokongan dan kata sepakat para Masyayikh, termasuk Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Ustaz Pasuni Maulan, Ustazah Dr Sukarti Asmoin, Ustaz Sallim Jasman, Ustaz Abdul Manaf Rahmat, dan Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram.

Encik Cheng telah pun memberi responsnya kepada kenyataan Pergas tersebut.

Dalam satu catatan di Facebook pada 7 April, beliau berkata beliau memahami sentimen Pergas namun menekankan sekali lagi bahawa komen yang beliau lakukan tidak ditujukan kepada mana-mana agama.

“Saya tidak menyebut kaum atau agama dalam catatan saya pada 13 Mac 2025. Saya tujukan kenyataan saya kepada sekumpulan orang yang termasuk bukan Islam. Kenyataan itu tidak ditujukan kepada mana-mana kumpulan yang ditentukan oleh kaum atau agama.

“Catatan itu masih disiarkan dan faktanya jelas...Saya faham sentimen Pergas; Saya harap mereka akan membaca semula catatan saya dalam konteks ini,” ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg