Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menghadiri majlis sambutan Hari Raya anjuran Hayaa’ Network pada 14 April.
Dalam satu hantaran di Facebook pada 15 April, Encik Wong berkata majlis itu disertakan dialog dan beliau berterima kasih kepada semua yang berkongsi dengan kejujuran dan keikhlasan, berdasarkan pengalaman peribadi dan masyarakat.
“Perbualan seperti ini penting dalam membentuk dasar yang lebih mencerminkan realiti kehidupan sebenar di lapangan.
“Kami akan terus mendengar, berinteraksi dan bekerjasama untuk membina Singapura yang lebih baik,” kata beliau.
Rangkaian Hayaa’ Network ditubuhkan oleh syarikat Liyana Musfirah Network (LMN), yang diasaskan oleh Ustazah Liyana Musfirah, bersama dua pakar psikoterapi, bagi menyediakan sokongan dan menyuntik semangat kepada individu memerlukan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg