Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesanan PM Wong buat golongan muda, pengundi kali pertama

Apr 13, 2025 | 8:25 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, ingin bekerjasama dengan golongan muda untuk sama-sama menghadapi cabaran mendatang.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, ingin bekerjasama dengan golongan muda untuk sama-sama menghadapi cabaran mendatang. - Foto FACEBOOK LAWRENCE WONG

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, memberi satu pesanan kepada golongan muda Singapura dan pengundi kali pertama, melalui media sosial dalam video dua minit yang dimuat naik pada 13 April.

Menjawab komen dalam talian yang menyifatkan Generasi Z (Gen Z) sebagai ‘lembik’, ‘mementingkan diri sendiri’ dan ‘kurang daya tahan’, Encik Wong berkata komen tersebut tidak menggambarkan generasi itu dengan tepat.

“Generasi anda mewakili keinginan baru untuk mengubah status quo dan cara dunia bergerak. Kami dengar anda. Saya dengar anda,” kata Encik Wong.

“Bagi kebanyakan anda, ini kali pertama anda mengundi, dan bagi saya, ini kali pertama saya bertanding untuk memimpin negara kita.

“Saya memandang serius peranan saya. Saya ingin memimpin negara kita dengan baik,” tambahnya.

Encik Wong berkata beliau ingin bekerjasama dengan golongan muda untuk menghadapi cabaran masa depan, memperbaiki pelbagai perkara, dan menjadikan Singapura tempat setiap orang boleh merealisasi potensi mereka, memburu impian, dan rasa diterima, walaupun dunia semakin tidak pasti, lapor The Straits Times (ST).

“Saya mempunyai keyakinan, keyakinan terhadap anda semua, terhadap negara kita, dan masa depan kita bersama,” ujar Encik Wong.

Sementara itu, sembilan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dijangka bertanding di kawasan yang dikuasai pembangkang, seperti GRC Aljunied, SMC Hougang dan GRC Sengkang turut muncul dalam video itu.

Pada 12 April, calon-calon yang terdiri daripada gabungan wajah baru dalam politik dan bekas calon itu diperkenalkan dalam sidang media yang diadakan di kawasan undi yang mereka bakal tandingi.

Mereka ialah peguam jenayah, Encik Marshall Lim, di SMC Hougang; pengarah pemasaran, Cik Chan Hui Yuh; doktor gigi, Dr Faisal Abdul Aziz; pengarah urusan, Encik Daniel Liu; pengarah perniagaan, Encik Adrian Ang; dan aktivis kesatuan sekerja, Encik Jagathishwaran Rajo; di GRC Aljunied.

Pasukan PAP yang akan bertanding di GRC Sengkang termasuk mantan menteri negara nanan, Dr Lam Pin Min; prinsipal di firma ekuiti privet, Cik Theodora Lai; profesor komunikasi dan media baru, Profesor Madya Dr Elmie Nekmat; serta pengarah makanan dan minuman, Cik Bernadette Giam.

Encik Wong berkata PAP akan menampilkan jumlah calon baru paling ramai – lebih 30 – untuk Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg