Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong hargai usaha Ketua Misi S’pura perluas hubungan antarabangsa

Oct 16, 2025 | 3:30 PM
Ketua Misi S’pura, hubungan antarabangsa, lawrence wong
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (tiga dari kanan), berkongsi pandangannya tentang cara Singapura dapat memperkukuh jalinan kerjasama di peringkat antarabangsa. Bersama beliau ialah (dari kiri) Anggota Parlimen (AP) Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang); Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Setiausaha Tetap Kementerian Ehwal Luar (MFA), Encik Albert Chua dan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sim Ann. - Foto MDDI

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong telah bertemu Ketua-Ketua Misi Singapura bagi menyampaikan penghargaan atas usaha gigih mereka mewakili dan memperkukuh kepentingan negara di peringkat global.

Beliau bertemu Duta, Pesuruhjaya Tinggi dan Wakil Tetap Singapura.

Menurut satu hantaran Facebook pada 15 Oktober, Encik Wong menggambarkan Ketua-Ketua Misi tersebut sebagai individu berdedikasi yang mengibarkan bendera Singapura dengan bangga dan memperjuangkan kepentingan negara ini di pentas dunia.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada mereka dan pasukan masing-masing atas “usaha gigih dalam memperkukuh perkongsian serta meluaskan jangkauan antarabangsa Singapura”.

Di samping itu, beliau menegaskan bahawa usaha mereka penting bagi membantu negara menghadapi dunia yang semakin tidak menentu dengan keyakinan dan tujuan yang jelas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg