Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Maldives lawat S’pura, perkukuh hubungan dua hala

Jun 30, 2025 | 8:47 PM
Lawrence Wong, Mohamed Muizzu, maldives
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri), bertemu Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu, di Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 30 Jun. Mereka membincangkan peluang mengukuhkan kerjasama ekonomi, termasuk rundingan berterusan Perjanjian Pelaburan Dua Hala antara kededua negara.  - Foto MDDI

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, bertemu dengan Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu, di Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 30 Jun. 

Menurut kenyataan MFA, ia adalah sebahagian daripada lawatan Dr Muizzu ke Singapura dari 30 Jun hingga 2 Julai. 

Semasa pertemuan mereka, kededua pemimpin membincangkan peluang mengukuhkan kerjasama ekonomi, termasuk rundingan berterusan Perjanjian Pelaburan Dua Hala antara kededua negara. 

Mereka saling bertukar pandangan tentang cabaran seperti perubahan iklim dan ketidaktentuan sejagat – isu yang menjadi kebimbangan kritikal bagi negeri pulau kecil seperti Singapura dan Maldives.

Selain itu, Dr Muizzu dan Encik Wong menyaksikan majlis menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MOU) dalam bidang kerjasama dalam pembinaan kapasiti, kemampanan dan alam sekitar, serta pendidikan tinggi dan vokasional.

Ketibaan Dr Muizzu dan Wanita Pertama, Cik Sajidha Mohamed, disambut dengan penuh istiadat.

Mereka turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Tharman Shanmugaratnam, dan menghadiri majlis jamuan yang dihoskan Tuan Presiden dan isteri, Puan Jane Ittogi.

Semasa pertemuan itu, Tuan Presiden dan Dr Muizzu turut mengesahkan persahabatan yang terjalin lama antara Singapura dengan Maldives, serta mengalu-alukan kerjasama dua hala yang semakin erat ketika kedua-dua negara memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2025.

Kerjasama itu termasuk pembangunan prasarana, perancangan induk, tenaga boleh diperbaharui, pengurusan air dan sisa, pendidikan dan pelancongan.

Semasa di Singapura, Dr Muizzu dan Cik Sajidha turut melawat Taman Orkid Negara, di mana hibrid orkid baru, Vanda Mohamed Muizzu Sajidha Mohamed, dinamakan sempena nama mereka. 

Mereka bakal menyertai Forum Pelaburan peringkat tinggi anjuran Invest Maldives dan melawat Pelabuhan Tuas, Pusat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Galeri Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 1 dan 2 Julai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg