Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rahayu sertai karyawan, siswa guaman buka puasa

Mar 20, 2025 | 7:00 PM
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (depan, enam dari kanan), bersama mantan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin (depan, dua dari kiri), dan Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (depan, tiga dari kiri), menyertai sekitar 50 siswa undang-undang dan beberapa karyawan pertubuhan Peguam dan Rangkaian Karyawan Mendaki berbuka puasa bersama di Masjid Bencoolen pada 18 Mac.
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (depan, enam dari kanan), bersama mantan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin (depan, dua dari kiri), dan Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (depan, tiga dari kiri), menyertai sekitar 50 siswa undang-undang dan beberapa karyawan pertubuhan Peguam dan Rangkaian Karyawan Mendaki berbuka puasa bersama di Masjid Bencoolen pada 18 Mac. - Foto FACEBOOK RAHAYU MAHZAM

Tradisi bagi karyawan guaman menyumbang semula kepada masyarakat yang telah berbakti dalam perjalanan pendidikan dan kerjaya yang mereka bina harus diteruskan dan dikekalkan.

Inilah perkara yang menyentuh hati apabila sekumpulan karyawan guaman daripada pertubuhan PeguamSG dan Rangkaian Karyawan Mendaki menjadi tuan rumah bersama bagi satu sesi berbuka puasa di Masjid Bencoolen pada 18 Mac.

Sekitar 50 siswa dan siswi undang-undang diundang bersilaturahim dengan karyawan guaman, yang suatu ketika pernah menjadi pelajar yang tampil bagi sesi membina rangkaian sambil beriftar itu.

Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, yang turut serta dalam sesi berkenaan berkongsi secebis pengalamannya dalam satu hantaran di Facebook pada 19 Mac. 

Meluahkan kegembiraan terhadap adanya majlis tersebut, Cik Rahayu berkata sesi berbuka puasa itu telah “menjadi acara menjalin rangkaian kenalan yang bermakna”. 

“Saya berharap hubungan yang dipupuk akan terus diperkukuh dan menjadi sumber sokongan kepada masyarakat semasa kita mengharungi apa jua cabaran yang mendatang,” ujar beliau.

Turut hadir ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, dan mantan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin.

Menurut Encik Amrin dalam satu hantaran di Facebook, beliau terharu melihat beberapa pelajar guaman yang pernah hadir pada sesi berbuka puasa pada masa lalu kini tampil sebagai penganjur bersama dan merupakan sebahagian pemimpin PeguamSG dan Rangkaian Karyawan Mendaki.

“Inilah pengertian sesi membina rangkaian ini: matlamatnya ialah memastikan golongan siswa undang-undang dan pelapis kita ini dibimbing dan disokong, dan lebih penting lagi, mereka dapat mencapai lebih jauh lagi daripada apa yang kita capai.

“Melihat kumpulan pelajar ini berkembang daripada hanya 10 pelajar apabila kami memulakan sesi sebegini sekitar 2004/2005 kepada 50 pelajar (jumlahnya terus bertambah) kini amat menggembirakan saya.

“Ia bukti bahawa apabila kita melaburkan (masa dan tenaga) terhadap usaha satu sama lain, seluruh masyarakat kita akan ke depan dan maju.

“Saya bangga melihat tradisi (mengadakan sesi membina rangkaian menerusi iftar) ini berterusan, di mana saya dapat menyaksikan bagaimana semangat memberi, apabila dipupuk menggandakan lagi semarak memberi,” ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg