Rahayu temui sukarelawan Masjid Darussalam, seru masyarakat utamakan kesihatan semasa Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rahayu temui sukarelawan Masjid Darussalam, seru masyarakat utamakan kesihatan semasa Ramadan

Kongsi memori indah tarawih di masjid dalam satu hantaran di Facebook pada 18 Feb
Feb 19, 2026 | 1:18 PM

Rahayu temui sukarelawan Masjid Darussalam, seru masyarakat utamakan kesihatan semasa Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
rahayu mahzam, memori, ramadan, kesihatan
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan) dan AP GRC Jurong East-Bukit Batok, Cik Rahayu Mahzam, semasa melakukan lawatan ke Masjid Darussalam sempena malam pertama solat terawih pada 18 Februari. - Foto FACEBOOK/ RAHAYU MAHZAM

Bulan Ramadan sentiasa membawa makna yang mendalam buat umat islam sedunia, dan bagi Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan) serta Anggota Parlimen GRC Jurong East-Bukit Batok, Cik Rahayu Mahzam, ia menggamit kembali kenangan manis zaman kanak-kanaknya.

Dalam satu hantaran di Facebook selepas menyempurnakan solat tarawih pertama pada 18 Februari, beliau berkongsi memori indah seperti pergi ke masjid bersama keluarga dan menghargai kenangan tradisi bertukar-tukar hidangan dengan jiran tetangga, tanpa mengira kaum atau agama.

Semangat Ramadan beliau diperkukuhkan lagi setelah bertemu dengan kakitangan dan sukarelawan yang gigih dan berbakti di Masjid Darussalam di Clementi.

Mereka tekun menyambut kehadiran para jemaah bagi menunaikan solat tarawih malam pertama.

Melihat sambutan hangat jemaah, Cik Rahayu menyeru agar Ramadan kali ini dijadikan masa untuk semua individu ingat akan pentingnya menjaga kesihatan, mendapatkan rehat yang mencukupi, dan terus menyantuni serta berbuat baik antara satu sama lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg