Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rumah terbuka Istana 13 Apr sempena Aidilfitri, Hari Pekerja

Apr 4, 2025 | 4:22 PM
Para pengunjung boleh menyaksikan persembahan muzik dan tarian budaya dari 10 pagi hingga 4.30 petang semasa rumah terbuka Istana pada 13 April.
Para pengunjung boleh menyaksikan persembahan muzik dan tarian budaya dari 10 pagi hingga 4.30 petang semasa rumah terbuka Istana pada 13 April. - Foto ST

Orang ramai berpeluang menyaksikan pelbagai kegiatan menarik seperti melukis batik dan bercerita sempena acara rumah terbuka di Istana pada 13 April ini.

Dalam acara itu, para pengunjung boleh melawat Istana dari 8.30 pagi hingga 6 petang, sempena sambutan Hari Raya Puasa dan Hari Pekerja, kata Pejabat Presiden dalam satu kenyataan media pada 4 April.

Hari Raya Puasa jatuh pada 31 Mac, manakala Hari Pekerja disambut pada 1 Mei.

Menurut The Straits Times, pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan muzik dan tarian budaya dari 10 pagi hingga 4.30 petang.

Persembahan yang akan diadakan termasuk muzik Melayu tradisional, lagu Hari Raya versi ukulele dan tarian kebudayaan oleh Maktab Seni Lasalle, Sekolah Rendah Sembawang, Sekolah Menengah Woodlands dan Kelab NTUC.

Orang ramai boleh melihat koleksi cenderamata yang diberikan pelbagai negara menerusi lawatan berpandu di Istana Villa dari 8.30 pagi hingga 6 petang, serta mengikuti Jelajah Warisan Istana berpandu antara 9 pagi dengan 4 petang.

Namun untuk mengikuti Jelajah Warisan Istana, pendaftaran perlu dilakukan sebelum itu.

Masuk percuma bagi warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) serta pembantu rumah asing yang mengiringi keluarga.

Selainnya akan dikenakan yuran masuk $20 setiap orang dewasa dan $10 setiap bagi kanak-kanak, berusia empat hingga 12 tahun.

Rakyat Singapura dan PR juga boleh memasuki Istana Villa, dengan bayaran $2.

Orang dewasa dan kanak-kanak bukan pemastautin dari empat hingga 12 tahun masing-masing dikenakan bayaran $10 dan $5 untuk memasuki Istana Villa.

Semua hasil pungutan seperti yuran masuk, lawatan berpandu serta barangan Istana dan Cabaran Presiden yang dijual akan disalurkan kepada organisasi yang disokong Cabaran Presiden.

Pengunjung boleh memasuki Istana dari pintu utamanya di Orchard Road, yang terletak dalam jarak berjalan kaki dari stesen MRT Dhoby Ghaut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web go.gov.sg/visitistana

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg