“Sahur di masjid lebih manis kerana kita dapat makan bersama-sama,” ujar Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, dalam satu hantaran Facebook pada 9 Mac.

Beliau, yang juga Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Luar), turut berswafoto bersama Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, serta beberapa hadirin semasa menikmati sahur di Masjid Al-Khair yang terletak di Teck Why Crescent pada pagi itu.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Zhulkarnain berkata bahawa Dr Tan ingin berpuasa pada hari tersebut, sambil menambah, “Nanti kami akan berbuka sekali lagi di Masjid Al-Khair”.