Topic followed successfully
Go to BHkuSalamSG: Sebahagian daging korban 2026 diagih ke Gaza
SalamSG: Sebahagian daging korban 2026 diagih ke Gaza
SalamSG: Sebahagian daging korban 2026 diagih ke Gaza
Sebahagian daging korban daripada khidmat korban luar negara di bawah inisiatif SalamSG Korban 2026 akan diproses dan dimasukkan ke dalam tin sebelum diagih kepada masyarakat yang terjejas di Gaza.
Sumbangan itu diperuntukkan secara bersama daripada peserta korban sebelum diproses dan dihantar, kata jawatankuasa kecil SalamSG Korban dalam satu kenyataan pada 9 April.
Inisiatif itu pertama kali diperkenalkan pada 2025.
SalamSG Korban pada 2025 berkata ia telah bekerjasama dengan vendor berpengalaman, yang telah menjalin hubungan dengan pertubuhan kemanusiaan di Jordan untuk memudahkan penghantaran daging dalam tin ke Gaza dengan selamat.
Dalam kenyataan pada 9 April, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata:
“Program korban luar negara SalamSG terus menyediakan pilihan yang berpatutan kepada masyarakat serta memastikan keberkatan ibadah korban sampai kepada mereka yang memerlukan di dalam dan luar negara.
“Bantuan berterusan kami ke Gaza juga mencerminkan tanggungjawab bersama untuk menghulurkan ihsan melangkaui sempadan negara.”

