Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sambutan NDP diperluas dari Padang ke Marina Bay

Siaran langsung di tiga lokasi sekitar Marina Bay, iaitu Taman Merlion, Marina Bay Sands (MBS) Event Plaza dan Teater Luar DBS Foundation di Esplanade
Jun 30, 2025 | 7:28 PM
sambutan tiga lokasi, Leftenan Kolonel (LTC) Cephas Ong
Pengerusi jawatankuasa sambutan di pesisiran 2025, Leftenan Kolonel (LTC) Cephas Ong, memberitahu pihak media rakyat Singapura boleh menikmati siaran langsung Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di tiga lokasi, iaitu Taman Merlion, Marina Bay Sands (MBS) Event Plaza dan Teater Luar DBS Foudation di Esplanade. - Foto ST

Sambutan Perbarisan Hari Kebangsaan 2025 (NDP 2025) akan diperluas dari kawasan Padang hingga ke Marina Bay dan kawasan sekitarnya, membawa pengalaman itu lebih dekat kepada lebih ramai rakyat Singapura.

Kawasan Marina Bay akan diubah menjadi zon sambutan yang meriah, dengan siaran langsung NDP, kegiatan interaktif, dan lima kawasan sambutan yang dikendalikan rakan kongsi.

Demikian diumumkan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) NDP di Studio Latihan Esplanade pada 30 Jun.

Ketika ditemui media, Leftenan Kolonel (LTC) Cephas Ong, pengerusi jawatankuasa sambutan di pesisiran 2025, pula berkata:

“Dengan segala macam kegiatan di Marina Bay pada 2025, akan ada sesuatu buat semua orang.

“Tahun ini (2025), dengan pelbagai persembahan yang akan diperluas ke pesisiran, mereka yang berada di kawasan itu juga akan dianggap sebagai sebahagian penonton NDP.

“Mereka bukan sahaja dapat menonton NDP di skrin, bahkan juga melihat banyak elemen secara lebih dekat,” kata LTC Ong.

Dalam persembahan kali ini, pengunjung dijangka boleh melihat apungan air yang direka oleh artis kurang upaya, serta persembahan di atas pentas terapung bergerak yang baru sebagai sebahagian daripada persembahan kali ini.

Paparan cahaya bangunan dan pertunjukan bunga api berlatarbelakangkan bandar akan menambahkan lagi kemeriahan di kawasan Marina Bay dan diselaraskan dengan persembahan langsung di Padang.

Siaran langsung NDP 2025 akan bermula pada 5.30 petang pada 2 dan 9 Ogos, melalui skrin LED besar di tiga lokasi sekitar Marina Bay, iaitu Taman Merlion, Marina Bay Sands (MBS) Event Plaza dan Teater Luar DBS Foundation di Esplanade.

Antara lain, penonton akan dapat melihat acara terbang lalu bendera negara, segmen ‘Jump of Unity’ sulung oleh penyelam Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), dan paparan maritim sebagai sebahagian daripada format baru Kontinjen Kenderaan atau ‘mobile column’.

Menurut pihak exco NDP, sambutan di kawasan sekitar seperti The Promontory, Bayfront Event Space, The Meadow di Gardens by the Bay, Marina Barrage dan Hab Sukan Singapura juga akan menampilkan pelbagai acara unik dan berbeza.

Pada 9 Ogos, orang ramai boleh memasuki The Meadow di Gardens by the Bay, Marina Barrage dan Hab Sukan Singapura tanpa memerlukan tiket untuk turut serta dalam sambutan NDP.

Bagi mereka yang berminat menyertai kegiatan anjuran rakan kongsi seperti Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Safra di The Promontory dan Bayfront Event Space, mereka boleh mendapatkan tiket melalui sistem undian.

Selain itu, terdapat juga Bay Discovery Trail, iaitu laluan bertema yang merangkumi tiga zon di kawasan Marina Bay dan menampilkan warisan serta kepelbagaian budaya melalui reruai interaktif dan pelbagai kegiatan.

Pada 2 dan 9 Ogos, 5,000 peserta pertama yang melengkapkan laluan itu setiap hari akan menerima pek NDP sebagai ganjaran, tambah Exco.

Pengunjung juga berpeluang menikmati makanan di pusat makanan, bermain di karnival Uncle Ringo, dan mengunjungi stesen kraf tangan untuk mendapatkan lukisan inai di tangan.

Di samping itu, mereka boleh mencuba permainan capteh dan permainan tradisional lain di luar Muzium ArtScience.

Orang ramai yang merancang menghadiri sambutan di kawasan Marina Bay dinasihatkan supaya datang awal bagi mengelakkan kesesakan, ekoran jangkaan seramai 200,000 pengunjung bakal hadir.

Penganjur juga meminta pengunjung yang menggunakan pengangkutan awam supaya turun di stesen MRT Raffles Place, Esplanade, Promenade, Bayfront, Marina Bay atau Downtown bagi mengurangkan kesesakan.

Dengan segala macam kegiatan di Marina Bay pada 2025, akan ada sesuatu buat semua orang. Tahun ini (2025), dengan pelbagai persembahan yang akan diperluas ke pesisiran, mereka yang berada di kawasan itu juga akan dianggap sebagai sebahagian penonton NDP. Mereka bukan sahaja dapat menonton NDP di skrin, tetapi juga melihat banyak elemen secara lebih dekat.
Pengerusi jawatankuasa sambutan di pesisiran 2025, Leftenan Kolonel (LTC) Cephas Ong.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg