Sambutan Hari Kebangsaan 2025 agak suram bagi penyanyi veteran, Rahimah Rahim.

Beliau, yang kerap ‘meminjamkan’ suaranya untuk mendendangkan lagu-lagu kebangsaan, menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60 Singapura (SG60) sambil mengenang pemergiannya suaminya, Allahyarham Juraimi Taib, yang meninggal dunia pada Mei 2025.