Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shanmugam: Pembunuhan pekerja kecemasan di Gaza ‘patut dikutuk secara global’

Apr 8, 2025 | 6:52 PM
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dalam satu hantaran Facebook pada 8 April menyatakan tindakan Tentera Israel dalam pembunuhan pekerja kecemasan di Gaza pada 23 Mac “patut dikutuk secara global”.
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dalam satu hantaran Facebook pada 8 April menyatakan tindakan Tentera Israel dalam pembunuhan pekerja kecemasan di Gaza pada 23 Mac “patut dikutuk secara global”. - Foto ST

Tindakan tentera Israel dalam pembunuhan pekerja kecemasan di Gaza pada 23 Mac “patut dikutuk secara global”, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Dalam catatan Facebook pada 8 April, beliau menyatakan tentera Israel telah berbohong mengenai kejadian itu.

“Pembunuhan, pembohongan. Askar mungkin melakukan kesalahan. Tetapi tentera, sebagai institusi, mempunyai tugas lebih tinggi untuk melakukan perkara yang betul.

“Tetapi pihak tentera nampaknya cuba mengaburi tindakan haram askar tersebut,” katanya.

Tentera Israel di Gaza telah membunuh 15 pekerja kecemasan Palestin pada 23 Mac, dengan hasil bedah siasat menunjukkan mereka ditembak dengan niat membunuh.

Pekerja kecemasan tersebut terdiri daripada Palang Merah, Bulan Sabit Merah Palestin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin.

Tentera Israel mengeluarkan kenyataan pada 31 Mac yang mendakwa kenderaan kecemasan yang dinaiki pekerja terbabit “bergerak secara mencurigakan ke arah tentera”.

Ia juga mendakwa bahawa kenderaan tersebut dipandu “tanpa lampu depan atau isyarat kecemasan”.

Namun, pertubuhan kemanusiaan Bulan Sabit Merah Palestin pada 7 April menyiarkan video kejadian yang menunjukkan konvoi kenderaan kecemasan, dengan lampu depan dan isyarat kecemasan dihidupkan. Konvoi itu kemudian ditembak selama lima minit.

Video itu dikatakan diambil daripada telefon bimbit yang ditemui pada salah satu mayat pekerja yang ditanam dalam kubur cetek berhampiran lokasi kejadian.

Bulan Sabit Merah Palestin menggesa siasatan antarabangsa dijalankan ke atas “jenayah perang secara terang-terangan” itu.

Tentera Israel sejak itu telah mengakui ia bersalah, kata Encik Shanmugam, sambil menambah pada 7 April insiden itu berlaku “kerana ia berasa terancam”.

Pihak itu juga berkata ia telah mengenal pasti enam militan Hamas berada di sekitar kawasan pada waktu kejadian itu, dan ia sedang menjalankan siasatan yang lebih terperinci.

“Israel akan mengatakan Hamas melakukan perkara yang sama. Tetapi adakah itu alasan bagi negara yang mengatakan nilainya adalah berdasarkan kedaulatan undang-undang? Tindakan ini patut dikutuk secara global,” ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg