Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shanmugam sampaikan kenyataan menteri mengenai kaum, agama di Parlimen

Oct 13, 2025 | 7:56 PM
parliament, anggota parlimen
Dalam sidang kali ini, Anggota Parlimen (AP) telah memfailkan 117 soalan di Parlimen sepanjang 90 minit yang diperuntukkan setiap sesi untuk masa soalan. - Foto fail

Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik K. Shanmugam, akan menyampaikan kenyataan menteri mengenai kaum dan agama apabila Parlimen bersidang pada 14 Oktober.

Beliau, yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri, telah bercakap secara meluas mengenai topik itu pada dialog di Sidang Puncak Masa Depan Asia pada 9 Oktober, termasuk tentang bagaimana hubungan kaum dan agama mempengaruhi kedudukan rakyat Singapura dalam konflik di luar negara.

Menurut The Straits Times (ST), Encik Shanmugam juga telah menyentuh pendekatan Singapura dalam menangani ancaman terhadap perpaduannya.

Sehari kemudian, beliau yang berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-85 Parish of Christ Church, menyatakan walaupun Singapura mengiktiraf peranan agama dalam masyarakat, ia tidak membawa agama ke dalam politik atau sebaliknya.

Dalam sidang kali ini, Anggota Parlimen (AP) telah memfailkan 117 soalan di Parlimen sepanjang 90 minit yang diperuntukkan setiap sesi untuk masa soalan.

Antaranya ialah tujuh soalan tentang bagaimana kesan tarif Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, ke atas produk farmaseutikal kepada Singapura.

AP penggal pertama, Dr Choo Pei Ling (GRC Chua Chu Kang), ingin tahu jangkaan kesan tarif baru itu ke atas sektor farmaseutikal Singapura dan pelaburan masa depan di negara ini.

Encik Louis Chua (GRC Sengkang) akan bertanya sama ada rundingan masih dijalankan mengenai konsesi tarif untuk eksport farmaseutikal Singapura, manakala Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang) pula ingin tahu tentang inisiatif sokongan yang tersedia untuk membantu syarikat farmaseutikal di sini menguruskan kesannya.

Pendatang baru Parti Pekerja (WP), Encik Kenneth Tiong (GRC Aljunied), pula meminta bilangan kehadiran wajib Pusat Pengantaraan Masyarakat (CMC) setiap tahun sejak tiga tahun lalu, perintah Tribunal Huraian Pertikaian Masyarakat (CDRT), rujukan polis dan arahan pengantaraan Unit Perhubungan Masyarakat.

Cik Rachel Ong (GRC Tanjong Pagar) meminta kemas kini mengenai semakan Kementerian Pengangkutan mengenai skim menurunkan penumpang di tempat tetap untuk perkhidmatan dari satu tempat ke satu tempat (P2P) rentas sempadan berlesen antara Singapura dengan Johor Bahru.

Beliau juga bertanya tentang perbincangan dengan Malaysia bagi menambah bilangan tempat yang diluluskan untuk mengambil dan menurunkan penumpang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg