S’pura hantar pasukan perubatan hulur bantuan di Myanmar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura hantar pasukan perubatan hulur bantuan di Myanmar

Digelar Operasi Falconwing, ia terdiri daripada 34 karyawan penjagaan kesihatan
Apr 3, 2025 | 8:21 PM

S’pura hantar pasukan perubatan hulur bantuan di Myanmar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (tengah) bergambar bersama sekumpulan penjagaan kesihatan daripada Pasukan Perubatan Kecemasan Singapura (SGEMT) yang dijangka berada di Myanmar selama 14 hari akan datang.
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (tengah) bergambar bersama sekumpulan penjagaan kesihatan daripada Pasukan Perubatan Kecemasan Singapura (SGEMT) yang dijangka berada di Myanmar selama 14 hari akan datang. - Foto MOH

Singapura menghantar pasukan perubatan ke Myanmar untuk memberikan bantuan kemanusiaan susulan gempa bumi yang melanda negara itu baru-baru ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada 3 April, ia telah mengerahkan Pasukan Perubatan Kecemasan Singapura (SGEMT), menandakan kali pertama pasukan itu dikerah sejak dilancarkan pada September 2024.

Beroperasi seperti hospital lapangan, SGEMT dilengkapi untuk menyediakan rawatan perubatan, termasuk perkhidmatan kecemasan, penjagaan asas, serta penjagaan kesihatan ibu dan anak bagi pesakit luar kepada lebih 100 individu sehari.

Keupayaan itu membolehkan pasukan tersebut memberikan sokongan perubatan yang pantas dan berkesan semasa kecemasan.

Ini termasuk di peringkat tempatan serta antarabangsa, sekali gus memperkukuh peranan Singapura dalam usaha bantuan bencana dunia dan serantau.

Digelar Operasi Falconwing, pasukan itu terdiri daripada 34 karyawan penjagaan kesihatan, antaranya doktor, jururawat, dan karyawan kesihatan bersekutu daripada institusi penjagaan kesihatan awam, serta anggota yang mempunyai kepakaran teknikal dan logistik.

Dalam satu catatan Facebook pada 3 April, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata ramai daripada anggota pasukan itu akan terlepas menyambut sambutan Hari Raya, namun memberitahunya ia adalah bermakna.

“Pasukan itu terdiri daripada enam doktor, 10 jururawat termasuk dua bidan, seorang pakar psikologi, seorang pakar fisioterapi dan seorang pegawai operasi klinikal. Separuh daripada mereka adalah wanita.

“Ramai yang akan terlepas menyambut Hari Raya, tetapi mereka memberitahu saya bahawa ini adalah cara yang bermakna untuk menyambut Hari Raya,” tulisnya.

Encik Ong sempat bertemu dengan pasukan SGEMT dan ahli keluarga mereka di Lapangan Terbang Changi untuk menyampaikan penghargaan atas sumbangan mereka dalam usaha bantuan kemanusiaan dunia.

Pasukan itu dijangka berada di lokasi selama 14 hari akan datang.

Mereka akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi bantuan bencana lain untuk memberikan bantuan kemanusiaan, termasuk mendirikan hospital lapangan dan memenuhi keperluan perubatan di Perbandaran Yamethin, di luar Naypyidaw.

Baru-baru ini, sebuah gempa bumi sekuat 7.7 menurut skala Richter telah landa Myanmar pada 28 Mac, yang mengakibatkan puluhan kematian dan kecederaan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata Naypyidaw merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan bilangan mangsa tercedera dijangka tinggi.

Sebelum ini, SCDF telah mengerahkan 80 anggota kontinjen Operasi Lionheart – terdiri daripada ahli Pasukan Bantuan dan Penyelamat Bencana (DART), kakitangan perubatan, pakar bahan berbahaya dan pakar pencarian dengan empat anjing pencari – untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.

Dua pesawat pengangkut Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) juga telah dikerah untuk menghantar bekalan bantuan kemanusiaan ke Myanmar.

Perkhidmatan SGEMT ini mencerminkan komitmen berterusan Singapura dalam menangani keperluan kemanusiaan mendesak dan menyokong usaha pemulihan demi kestabilan serantau.

“Singapura berdiri dalam solidariti bersama rakyat Myanmar dalam masa yang sukar ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan SGEMT atas khidmat mereka dan mendoakan agar misi mereka berjalan dengan selamat dan berjaya,” kata Encik Ong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg