Sebanyak $6,800 telah disumbangkan kepada Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) oleh sebuah syarikat motosikal Boon Siew Singapore pada 26 Mac.
Jumlah itu berdasarkan kutipan penuh daripada lelongan motosikal, Honda CT 125, semasa acara, ‘Wicked Wallop 2025’ yang diadakan pada 22 dan 23 Februari.
Honda CT 125 yang dilelong adalah model yang terkenal dengan daya tarikan pengembaraan dan vintajnya.
Ia dilelong semasa ‘Wicked Wallop 2025’, satu acara perhimpunan tahunan yang menghimpunkan peminat motosikal dan masyarakat gaya hidup yang lebih luas.
‘Wicked Wallop 2025’ telah diadakan di ruang bumbung Carros Centre, yang terletak di Jalan Lam Huat, di Kranji.
Dalam kenyataannya pada 27 Mac, syarikat motosikal itu berkata, sumbangan tersebut menandakan langkah pertama, Boon Siew Singapore, dalam usaha menyumbang kembali kepada masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Boon Siew Singapore, Encik Nicholas Wong, berkata:
“Kami berharap sumbangan kecil kami akan memberi kesan yang bermakna dan membantu mereka yang memerlukan.
“Kami berhasrat untuk terus menyertai lebih banyak kegiatan seperti ini pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.”
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg