Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita bergayut di jejantas Serangoon diselamatkan SCDF

Apr 4, 2025 | 2:47 PM
Polis dan SCDF menerima laporan seorang wanita sedang duduk di atas bumbung jejantas pada 2 April.
Polis dan SCDF menerima laporan seorang wanita sedang duduk di atas bumbung jejantas pada 2 April. - Foto TIKTOK @ADMIRER1204

Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dari jejantas berhampiran pusat beli-belah Nex pada 2 April.

SCDF dan polis memberitahu Berita Harian (BH), mereka dimaklumkan mengenai kejadian di Serangoon Central pada 2.40 petang. Setibanya mereka di tempat kejadian, seorang wanita dilihat sedang duduk di pinggir bumbung jejantas.

Dalam video TikTok dari pengguna @admirer1204 yang dimuat naik pada hari Rabu dan menjadi tular, wanita itu sedang duduk di atas bumbung jambatan dengan kakinya terjuntai keluar.

Sekurang-kurangnya 10 pegawai SCDF dan polis boleh dilihat di jejantas ketika mereka cuba mendapatkannya.

Akhirnya, seorang pegawai SCDF kelihatan memanjat jejantas itu dan mendekati wanita 45 tahun tersebut dari belakang sebelum menariknya jauh dari tepi.

SCDF berkata bahawa penyelamat dari Pasukan Bantuan Bencana dan Penyelamat (DART) naik ke atas bumbung dan membawa wanita itu turun ke tempat selamat.

Beliau kemudiannya dihantar ke Hospital Tan Tock Seng dan ditahan polis di bawah Seksyen 7 Akta Kesihatan Mental.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg