Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WP sertai buka puasa bersama LPM Masjid Alkaff Kampung Melayu

Mar 27, 2025 | 2:54 PM
Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh (empat dari kanan), bersama Anggota Parlimen parti itu, Encik Dennis Tan (Hougang) (dua dari kiri); Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) (lima dari kiri); Encik Muhamad Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied) (tujuh dari kanan), dan pengurus hartanah Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik (tiga dari kanan); serta eksekutif teknologi majlis bandaran itu, Encik Kenneth Tiong (kanan), di majlis buka puasa bersama anggota lembaga pentadbir masjid (LPM) Masjid Alkaff Kampung Melayu.
Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh (empat dari kanan), bersama Anggota Parlimen parti itu, Encik Dennis Tan (Hougang) (dua dari kiri); Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) (lima dari kiri); Encik Muhamad Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied) (tujuh dari kanan), dan pengurus hartanah Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik (tiga dari kanan); serta eksekutif teknologi majlis bandaran itu, Encik Kenneth Tiong (kanan), di majlis buka puasa bersama anggota lembaga pentadbir masjid (LPM) Masjid Alkaff Kampung Melayu. - Foto FACEBOOK PRITAM SINGH

Anggota Parti Pekerja (WP) menyertai sebuah majlis berbuka puasa bersama ahli lembaga pentadbir (LPM) Masjid Alkaff Kampung Melayu di masjid itu, kata ketua parti itu, Encik Pritam Singh, dalam satu catatan Facebooknya pada 26 Mac.

Sebagai sebuah masjid di kawasan Eunos dalam GRC Aljunied, yang dikuasai WP, Encik Pritam menyifatkan majlis tersebut sebagai “satu pengalaman istimewa”. 

Semasa majlis itu, Encik Pritam beramah-tamah bersama pengerusi LPM masjid tersebut, Encik Mohamed Faizul Othman.

“Encik Faizul seorang wakil masyarakat dan pemimpin masjid cemerlang dan saya sentiasa menghargai peluang mendengar pandangan beliau serta bertukar-tukar pandangan,” katanya.

Beliau menambah bahawa LPM itu sibuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Antara lain, mereka mengusahakan projek pengubahsuaian dan memberi nafas baru kepada masjid itu serta menyelaraskan dengan pihak berkuasa bagi memastikan pembinaan Hospital Besar Timur (EGH) yang berdekatan tidak mengganggu perkhidmatan masjid bagi jemaah beribadah.

“Ramai penduduk Islam di kawasan Eunos dan sekitarnya menghargai kepimpinan beliau dan LPM itu dalam menerajui Masjid Alkaff Kampung Melayu. Semoga segala usaha mereka terus diberkati,” ujar Encik Pritam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg