Serangan ke atas orang awam dan prasarana awam tidak boleh dipertahankan, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad, merujuk kepada serangan ke atas Arab Saudi, termasuk di lapangan terbang Riyadh pada 10 Oktober yang meragut 12 nyawa dan mencederakan lebih 300 orang.

“Berita ini pastinya menimbulkan kebimbangan, terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga dan orang tersayang di sana,” ujar Encik Zaqy dalam satu kiriman media sosial pada 11 Oktober.

“Kepada jemaah yang bakal berangkat menunaikan umrah, sentiasa utamakan keselamatan diri, ikuti nasihat perjalanan terkini MFA (Kementerian Ehwal Luar) dan daftar melalui eRegister,” tambahnya.

Encik Zaqy turut melahirkan harapan agar keganasan berakhir dan keamanan kembali dan berkekalan di Timur Tengah. 

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti