Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat budak lelaki ditemui di laut East Coast Park

Aug 31, 2025 | 1:14 AM
Polis berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan di East Coast Park pada 9.55 malam.
Polis berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan di East Coast Park pada 9.55 malam. - Foto ST

Mayat seorang budak lelaki telah ditemui di laut East Coast Park pada 30 Ogos.

Polis berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan di East Coast Park pada 9.55 malam.

Tambahnya, apabila polis tiba di tempat kejadian, seorang budak lelaki ditemui terapung di laut.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke darat oleh pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik SCDF.

Siasatan awal tidak menunjukkan unsur jenayah.

Siasatan polis sedang dijalankan.

“Atas rasa hormat kepada keluarga, orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi video atau gambar kanak-kanak itu,” kata polis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg