Polis sedang menjalankan siasatan selepas mayat seorang lelaki berusia 23 tahun ditemui di perairan berhampiran pantai Taman Sembawang pada petang 20 Oktober.
Menurut kenyataan kepada The Straits Times, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.20 petang selepas mayat dilihat terapung di dalam air.
Mayat tersebut kemudian berjaya dikeluarkan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) turut menerima panggilan sekitar jam 2.30 petang di Kampong Wak Hassan dan pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.
Dalam satu foto yang dimuat naik di laman Instagram sgfollowsall pada 20 Oktober, sebuah khemah biru kelihatan di belakang garisan kepungan polis, bersama beberapa kenderaan dan anggota polis di lokasi tersebut.
Berdasarkan siasatan awal, pihak polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg