Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat lelaki ditemui di perairan Keppel Bay

Aug 23, 2023 | 4:28 PM
MAYAT DITEMUI: Pihak polis menerima panggilan meminta bantuan di 2 Keppel Bay Vista, di mana terletaknya Marina di Keppel Bay, pada 8.40 pagi, Selasa.
MAYAT DITEMUI: Pihak polis menerima panggilan meminta bantuan di 2 Keppel Bay Vista, di mana terletaknya Marina di Keppel Bay, pada 8.40 pagi, Selasa. - Foto ST

Seorang lelaki berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui di perairan Keppel Bay pada Selasa, menurut laporan The Straits Times.

Pihak polis berkata mereka menerima panggilan untuk bantuan di 2 Keppel Bay Vista, di mana terletaknya Marina at Keppel Bay, pada 8.40 pagi Selasa. Mayat lelaki itu ditemui di perairan itu dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat,” kata pihak polis.

Terletak di Pulau Keppel dan berdekatan VivoCity, laman Keppel menggambarkan Marina di Keppel Bay sebagai limbungan berlabuh untuk kapal layar mewah antarabangsa dan menganggapnya sebagai tempat untuk “kehidupan mewah”. Ia menempatkan pelbagai restoran dan menawarkan khidmat menyewa kapal layar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg