Mega Raya Expo kembali 13-15 Mac, tampil dengan 150 reruai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mega Raya Expo kembali 13-15 Mac, tampil dengan 150 reruai

Mar 11, 2026 | 8:13 PM

Mega Raya Expo kembali 13-15 Mac, tampil dengan 150 reruai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mega Raya Expo 2026, singapore expo, ramadan, hari raya, 150 reruai
Acara Mega Raya Expo 2026 kembali berlangsung di Dewan 6A Singapore Expo dari 13 Mac hingga 15 Mac menawarkan pelbagai produk Ramadan dan Hari Raya. - Foto MEGAXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD

Edisi kelima Mega Raya Expo akan kembali berlangsung dari 13 hingga 15 Mac di Dewan 6A, Singapore Expo dengan tema ‘Moonlight Mirage’ di samping menyediakan pelbagai tawaran Ramadan dan Hari Raya untuk pengunjung.

Pameran selama tiga hari dengan penyertaan 150 reruai, yang diadakan antara 12 tengah hari dengan 12 malam setiap hari itu, dianjurkan MegaXpress International Pte Ltd bagi menyokong dana Masjid Abdul Razak.

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai produk termasuk busana, fabrik, aksesori, barangan kecantikan serta hiasan rumah. 

Pelbagai reruai makanan juga akan ditawarkan, termasuk biskut Hari Raya dan juadah berbuka puasa, di samping promosi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beberapa aktiviti dan program masyarakat turut dianjurkan sepanjang acara tersebut. 

Antaranya termasuk iftar beramai-ramai serta pengagihan bubur yang diadakan setiap hari, diikuti solat isyak berjemaah.

Acara Mega Raya Expo 2026 akan menampilkan 150 gerai dalam suasana malam bertemakan ‘Moonlight Mirage’.
Acara Mega Raya Expo 2026 akan menampilkan 150 gerai dalam suasana malam bertemakan ‘Moonlight Mirage’. - Foto MEGAXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD

Siri ceramah dan sesi interaktif yang dianjurkan bersama Masjid Abdul Razak juga akan diadakan. 

Antaranya, termasuk Majlis Khatam Al-Quran Muslimah pada 13 Mac serta ceramah bertajuk ‘How Can the Last 10 Nights of Ramadhan Change Your Life?’ (Bagaimanakah 10 Malam Terakhir Ramadan Boleh Merubah Hidup Anda?), yang akan disampaikan oleh Ustaz Faizuddin Fauzan.

Kegiatan lain yang akan diadakan termasuk pertandingan hafazan surah untuk kanak-kanak pada 14 Mac serta sesi perbincangan Syawal yang menampilkan Ustaz Khairi dan Ustaz Syed Yusuf pada 15 Mac. 

Persembahan Maulid dan Kasidah oleh kumpulan An-Nida juga akan diadakan pada hari terakhir acara.

Segmen hiburan dan penampilan selebriti turut menjadi sebahagian program yang disajikan termasuk persembahan menampilkan personaliti serantau seperti Jasmine Ashraff, Balkisyh Khan, Maya Karin, Roslan Shah dan Datin Alyah.

Pengunjung juga berpeluang menyertai beberapa pertandingan dan promosi. 

Menerusi aktiviti ‘Snap, Share, Tag Your Favourite Booth & Win’, pengunjung boleh mengambil gambar gerai kegemaran mereka dan memuatnaikkannya di Instagram atau Facebook untuk peluang memenangi hadiah.

Satu lagi pertandingan media sosial, ‘Arabian Raya Challenge’, mengajak pengunjung berkongsi gambar Raya bertemakan Arab sambil menandakan atau ‘tag’ platform media sosial MegaXpress.

Selain itu, lelongan amal yang menampilkan biskut, pakaian dan hiasan rumah akan diadakan setiap hari dari 8 malam hingga 8.20 malam.

Cabutan bertuah juga akan diadakan pada malam terakhir acara iaitu pada 15 Mac. 

Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya $20, tidak kira reruai yang mana, layak menyertai cabutan bertuah tersebut dengan hadiah ditaja oleh Fotohi Carpet Gallery, termasuk baucar bernilai sehingga $300.

Maklumat lanjut serta perkembangan terkini mengenai acara ini boleh didapati di Instagram MegaXpress.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg