Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Memupuk jiwa luhur pelajar melalui Program Ihsan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH (MAI)

Memupuk jiwa luhur pelajar melalui Program Ihsan

Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) turut anjur program silang agama dengan Sekolah Tinggi Catholic (CHS) dan remaja Pertapis
Apr 05, 2024 | 05:30 AM



USTAZ ABU BAKAR SIDIK HASSAN

Selain mendidik pelajar menjadi Muslim berilmu, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI), gigih menerapkan sifat keihsanan dan cekal berbakti kepada masyarakat dalam diri pelajar.

Ini berikutan daripada program tahunan MAI sempena Ramadan, Program Ihsan, yang berlangsung pada hari ini (5 April). Acara tahun ini diharap lebih meriah daripada tahun sebelumnya, dan pihak MAI menjangkakan sehingga 600 peserta hadir.

Setiap tahun, pelajar di MAI didedahkan kepada pelbagai program dan kegiatan, dan salah satu program yang dinantikan ramai ialah Program Ihsan. Matlamat kami mengadakan acara ini adalah mahu menanamkan rasa empati dan prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik dan juga menjalin silaturahim menerusi interaksi dengan pelajar bukan Islam. Program silang agama sebegini ini juga mampu mengukuhkan lagi keharmonian kaum di negara ini.

Setiap tahun, MAI akan menjemput tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pada tahun 2024 ini, kami menjemput remaja daripada Pertapis, dan juga pelajar bukan Islam daripada Sekolah Tinggi Catholic (CHS) agar bersama-sama meraikan acara yang sungguh bermakna ini selain beriftar/buka puasa bersama. Tahun lalu, MAI mengundang Sekolah Tinggi Anglican (AHS).

Selain beriftar bersama, pelajar MAI dan CHS juga telah melawat 15 keluarga yang memerlukan, yang tinggal di kawasan Lorong 7 Toa Payoh. Mereka berkesempatan mengagihkan barangan keperluan dapur yang ditaja oleh pasar raya Sheng Siong.

Semasa agihan dilakukan, pelajar ini juga berkesempatan berinteraksi dengan keluarga yang mereka kunjungi selain mengenali masyarakat majmuk di negara ini, khususnya penduduk di Toa Payoh.

Pengetua MAI, Cik Aisha Abdul Manaf, menyifatkan acara Program Ihsan sebegini mampu memupuk perpaduan kaum dan mengeratkan jalinan persahabatan dan ukhuwah antara pelajar, keluarga dan masyarakat amnya.

“Antara ciri khas Program Ihsan ini ialah pelajar MAI mampu menyebarkan dakwah tentang keindahan Ramadan kepada pelajar sekolah nasional menerusi sesi soal jawab dan lawatan ke rumah keluarga yang memerlukan ini.

“Pelajar MAI juga berinteraksi dengan remaja daripada Pertapis dan mengadakan kegiatan bersama seperti membuat penyambungan titik untuk menghasilkan corak geometri. Kami berharap acara sebegini mampu memupuk jiwa yang luhur dalam diri pelajar madrasah kami,” jelas Cik Aisha.

Di samping itu, dalam acara Program Ihsan ini juga, MAI mengukuhkan ikatan kekeluargaan dengan kehadiran waris untuk berbuka puasa bersama anak-anak mereka, selain menjalin hubungan baik dengan guru dan kakitangan madrasah.

Tanda ikatan kukuh dan sokongan padu daripada masyarakat, antaranya adalah dengan perbelanjaan acara iftar ini, yang ditanggung melalui derma daripada ibu bapa pelajar MAI dan dengan sokongan orang ramai.

MAI juga berharap pelajarnya akan terus menyebarkan rahmah kepada masyarakat Singapura dan antarabangsa walaupun selepas meninggalkan madrasah. Ini sesuai dengan misi MAI iaitu membangunkan pelajar yang bersedia untuk masa depan yang cemerlang serta menyebarkan kebaikan kepada semua.

Ayuh sokong MAI dengan berinfak dan berzakat pada 10 malam terakhir Ramadan ini. Lungsuri www.mai.edu.sg/giving-to-mai/ atau imbas kod QR yang disediakan.

Penulis merupakan Ketua di Jabatan Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >