Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mendaki hargai sumbangan Masagos, Zaqy kini pengerusi Mendaki

May 24, 2025 | 9:03 PM
(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah; Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Pengerusi Yayasan Mendaki, di upacara mengangkat sumpah bagi Kabinet baru pada 23 Mei.
(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah; Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Pengerusi Yayasan Mendaki, di upacara mengangkat sumpah bagi Kabinet baru pada 23 Mei. - Foto YAYASAN MENDAKI

Yayasan Mendaki merakamkan penghargaannya kepada Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang melepaskan jawatan beliau sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah badan bantu diri itu pada 22 Mei.

Dalam kenyataannya pada 24 Mei, Mendaki menyatakan bahawa pelantikan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, sebagai pengerusi baru badan itu berkuat kuasa pada 23 Mei.

Sebelum ini, Encik Zaqy berkhidmat sebagai timbalan pengerusi Mendaki sejak 14 Mei 2018.

“Yayasan Mendaki merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Masagos Zulkifli atas kepimpinan dan sumbangan beliau dalam memajukan masyarakat sebagai Pengerusi Mendaki sejak 1 Mei 2018,” menurut kenyataan itu.

Meskipun tidak lagi memegang jawatan dalam lembaga pengarah Mendaki, Encik Masagos akan kekal sebagai Anggota Individu, mengikut Perlembagaan Yayasan Mendaki – satu status yang turut dipegang oleh pengerusi terdahulu badan tersebut.

Menurut kenyataan itu, Anggota Individu merupakan individu yang diterima sebagai anggota Yayasan Mendaki.

Menurut Laporan Tahunan Mendaki 2023, terdapat 20 Anggota Individu termasuk Dr Yaacob Ibrahim, Encik Zainul Abidin Rasheed, Encik Yatiman Yusof dan Encik Abdullah Tarmugi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg