Topic followed successfully
Go to BHkuMendaki komited sokong pekerja Melayu/Islam dalam ekon dipacu AI
Mendaki komited sokong pekerja Melayu/Islam dalam ekon dipacu AI
May 6, 2026 | 9:25 PM
Mendaki komited sokong pekerja Melayu/Islam dalam ekon dipacu AI
Peserta menghadiri bengkel, AI-Ready, di Masjid Kampung Siglap pada Januari 2026. Bengkel tersebut merupakan salah satu daripada beberapa daya usaha yang dijalankan Yayasan Mendaki bagi memperkasa pekerja Melayu/Islam untuk ekonomi yang dipacu kecerdasan buatan (AI). - Foto MENDAKI
Yayasan Mendaki mengesahkan semula komitmennya untuk menyokong pekerja dalam ekonomi yang dipacu kecerdasan buatan (AI) demi memastikan tiada individu yang ketinggalan, tatkala pekerjaan kini kian berubah.
Badan itu menyatakan demikian berikutan usul yang dibentangkan oleh Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, di Parlimen pada 5 Mei dan telah diterima sebulat suara oleh Anggota Parlimen (AP) pada 6 Mei.
Laporan berkaitan
Saktiandi: AI pemangkin mobiliti sosial agar pekerja tidak ketinggalanMay 6, 2026 | 8:11 PM
Pembangunan kemahiran insaniah kian penting dalam era AIMay 6, 2026 | 8:10 PM

