Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri, ketua FPDA bertemu, perkukuh kerjasama

May 31, 2024 | 6:22 PM
(Dari kiri) Menteri Pertahanan New Zealand, Cik Judith Collins KC; Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen; Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Encik Richard Marles; dan Ketua Pengarah (Dasar Keselamatan) Britain, Encik Paul Wyatt.
(Dari kiri) Menteri Pertahanan New Zealand, Cik Judith Collins KC; Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen; Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Encik Richard Marles; dan Ketua Pengarah (Dasar Keselamatan) Britain, Encik Paul Wyatt. - Foto MINDEF

Aturan Pertahanan Lima Negara (FPDA), yang genap 53 tahun pada 2024, adalah “datuk multilateralisme”, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Bercakap semasa sidang media bersama pada 31 Mei selepas menjadi hos Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan FPDA, Dr Ng berkata terdapat banyak perubahan sejak FPDA ditubuhkan pada 1971.

“Banyak perkara telah berubah sejak FPDA ditubuhkan pada 1971, tetapi ia masih relevan sehingga kini. Kami akan menjadikannya lebih relevan untuk masa depan,” kata beliau.

Pada 31 Mei, Dr Ng telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri Pertahanan FPDA ke-12, sebagai sebahagian daripada Dialog Shangri-La ke-21 yang diadakan dari 31 Mei hingga 2 Jun.

Ia dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Encik Richard Marles; Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pertahanan New Zealand, Cik Judith Collins KC; dan Ketua Pengarah (Dasar Keselamatan) Britain, Encik Paul Wyatt.

Semasa mesyuarat itu, kesemua menteri dan ketua pengarah mengesahkan komitmen negara mereka terhadap FPDA dan berjanji menyokong usaha FPDA meningkatkan nilai operasi pelaksanaannya.

“Mereka menyatakan kaitan strategik FPDA sebagai susunan pertahanan yang membina, telus dan aman, memainkan peranan penting dalam seni bina keselamatan serantau.

“Menteri dan ketua pengarah juga membincangkan bagaimana FPDA boleh berkembang untuk kekal relevan dan seiring dengan perkembangan keselamatan kontemporari, kata Kementerian Pertahanan (Mindef), dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 31 Mei.

Ia menambah bahawa negara-negara juga menantikan gabungan keupayaan generasi baru dalam latihan FPDA yang akan datang.

Ini termasuk pesawat peronda maritim P-8 dari New Zealand; jet pejuang F-35 dari Australia; dan ciri-ciri Carrier Strike Group UK; serta sistem tanpa pemandu.

Semasa sidang media bersama itu, laman web rasmi FPDA turut dilancarkan.

Ia bertujuan memberi gambaran tambahan kepada orang ramai bagaimana FPDA berfungsi sebagai susunan pertahanan yang bertujuan membina kepercayaan dan keyakinan di rantau ini.

Menteri-menteri dan Ketua Pengarah Britain turut bertemu dengan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, di Istana sebagai sebahagian daripada mesyuarat itu, di mana Encik Wong menyatakan sokongan padunya terhadap FPDA.

“Encik Wong mengadakan perbincangan dengan menteri-menteri dan ketua pengarah mengenai perkembangan serantau dan cabaran keselamatan, dan beliau mengakui bahawa FPDA terus memainkan peranan penting sebagai susunan pelbagai hala dan pertahanan yang unik,” kata Mindef.

Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan FPDA diadakan setiap tiga tahun, dengan Singapura dan Malaysia saling bergilir menjadi tuan rumah.

Ia adalah wadah bagi membuat keputusan tertinggi FPDA, dan berfungsi sebagai platform berharga untuk mengadakan dialog dan pertukaran pandangan dalam kalangan Menteri Pertahanan FPDA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg