Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Menteri lawat Sekolah APSN Katong, Sekolah Menengah Loyang View

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri lawat Sekolah APSN Katong, Sekolah Menengah Loyang View

Jan 02, 2024 | 06:49 PM



Tahun akademik baharu 2024 dimulakan dengan lawatan dua pemimpin pendidikan ke sekolah tempatan.

Pada 2 Januari, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing melawat Sekolah APSN Katong sementara Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan kakitangan di Sekolah Menengah Loyang View.

Menurut catatan Facebook Encik Chan, beliau telah menyertai kegiatan orientasi bagi para pelajar menengah satu hingga empat di Sekolah APSN Katong, yang menerima pelajar yang bakal masuk, membuat mereka berasa selesa dan menggalak mereka menjalin hubungan dengan rakan sekelas.

“Kami telah sediakan minuman selamat datang bagi para kakitangan memberi mereka sedikit dorongan sempena penggal baru sekolah, serta kad sebagai tanda harapan dan aspirasi kami bagi 2024. Saya harap pelajar kami boleh memandang kembali pada akhir tahun ini dan berasa bangga dengan semua yang telah mereka capai,” katanya.

Dr Maliki pula berkata beliau telah bertemu guru, kakitangan dan pelajar yang hebat dan bersemangat untuk menjalin dan memperkukuh hubungan.

Beliau berkongsi bahawa sekolah itu juga mempunyai orientasi yang merangkumi bantuan khas untuk pelajar berkeperluan pendidikan khas, memastikan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >